Jom kami bantu anda langkah demi langkah 👇
Terima kasih kerana belajar bersama Bijak1000Hari!
Anda boleh terus ke Topik 1: Kepentingan Susu Ibu untuk Bayi atau membaca pengenalan tentang penyusuan susu ibu di bawah ini :)
Apakah maksud Penyusuan Susu Ibu Eksklusif?
Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud hanya susu ibu sahaja diberikan kepada bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan (180 hari) tanpa memberikan makanan dan minuman lain kepada bayi.
Di Malaysia, terdapat satu polisi tentang penyusuan susu ibu. Polisi ini menyatakan bahawa "Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Manakala makanan pelengkap pula dimulakan apabila bayi berumur genap 6 bulan.
Jadi ini bermakna dari lahir sehingga umur 6 bulan (atau 180 hari), bayi hanya perlu diberi susu ibu sahaja, dan mereka tidak perlu diberi air kosong atau susu tambahan dan tidak perlu diberi makanan kecuali ubat-ubatan yang dibenarkan oleh doktor.
Pernahkah anda melihat poster polisi ini di Klinik Kesihatan atau Klinik Desa?
Apakah kehebatan susu ibu yang tidak dapat ditandingi oleh susu lain? Kami pasti anda mungkin tertanya-tanya. Dalam 13 topik Penyusuan Susu Ibu anda akan mendapat jawapannya. Berikut adalah 13 topik penyusuan susu ibu tersebut:
Topik 1: Kepentingan Susu Ibu untuk Bayi
Topik 2: Kepentingan Susu Ibu untuk Ibu
Topik 3: Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit (Skin to Skin)
Topik 4: Kepentingan Permulaan Awal untuk Penyusuan Susu Ibu
Topik 5: Kepentingan Ibu Bersama Bayi (Rooming-In) 24 Jam Sehari
Topik 6: Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Mengikut Kehendak Bayi
Topik 7: Kepentingan Untuk Menyusu Bayi dengan Kerap
Topik 8: Kepentingan Posisi dan Pelekapan yang Betul
Topik 9: Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Eksklusif 6 Bulan Pertama
Topik 10: Kepentingan Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Selepas 6 Bulan
Topik 11: Bagaimana memastikan penyusuan awal dapat dimulakan
Topik 12: Risiko Pemberian Susu Formula atau Susu Gantian
Kami berharap untuk sesi pengenalan ini akan sudah faham tentang maksud penyusuan susu ibu secara eksklusif dan Polisi Penyusuan Susu Ibu di Malaysia.
Teruskan topik seterusnya iaitu Topik 1: Kepentingan Susu Ibu untuk Bayi