LAIN-LAIN KEKUNCI
LAIN-LAIN KEKUNCI
31. TANDA KOMA
Lihat papan kekunci.
Guna jari tengah tangan kanan untuk tekan sekali sahaja kekunci Tanda Koma.
Pastikan ',' dipaparkan di skrin.
Kembalikan hujung jari ke kedudukan asal iaitu pada kekunci K.
Ulang proses di atas sehingga anda mampu taip ',' tanpa lihat papan kekunci.
32. TANDA NOKTAH
Lihat papan kekunci.
Guna jari manis tangan kanan untuk tekan sekali sahaja kekunci Tanda Noktah.
Pastikan '.' dipaparkan di skrin.
Kembalikan hujung jari ke kedudukan asal iaitu pada kekunci L.
Ulang proses di atas sehingga anda mampu taip '.' tanpa lihat papan kekunci.
33. CAPS LOCK
Jika seluruh ayat perlu ditaip dengan huruf besar, adalah lebih mudah untuk tekan kekunci Caps Lock terlebih dahulu.
Lihat papan kekunci.
Guna jari kelingking tangan kiri untuk tekan sekali sahaja kekunci Caps Lock.
Bengkokkan sedikit pergelangan tangan ke kiri untuk tekan kekunci tersebut.
Sentuh bonjol kekunci F dengan jari telunjuk tangan kiri untuk kembalikan semua jari ke kedudukan asal.
Taip sebarang huruf untuk pastikan fungsi huruf besar telah diaktifkan.
Sebagai latihan, cuba taip huruf A hingga Z.
Tekan sekali lagi kekunci Caps Lock untuk nyahaktif fungsi huruf besar.
Tanpa lihat papan kekunci, ulang proses di atas sehingga anda selesa melakukannya tanpa sebarang kesilapan.
34. NOMBOR
Lokasi kekunci 0 hingga 9 berada sedikit jauh dari kedudukan semasa semua jari.
Pilihan jari adalah mengikut keselesaan anda.
Apa yang ditunjukkan dalam gambar di atas adalah sekadar cadangan.
Lihat papan kekunci.
Guna jari kelingking tangan kiri untuk tekan kekunci 1.
Sentuh bonjol kekunci F dengan jari telunjuk tangan kiri untuk kembalikan semula semua jari ke kedudukan asal.
Tanpa lihat papan kekunci, ulang proses di atas sehingga anda selesa melakukannya.
Ulang proses yang sama untuk berlatih menekan kekunci 2 dan seterusnya.
Susunan pembelajaran:
Lain-lain Kekunci