HARI PERTAMA - ABC
HARI PERTAMA - ABC
1. KEDUDUKAN JARI
Terdapat bonjol kecil pada permukaan kekunci F dan J yang boleh dirasa dengan jari.
Ia penting untuk membantu anda meletakkan jari di tempat yang betul.
Tiada bonjol pada kekunci lain.
Guna jari telunjuk tangan kiri untuk rasa bonjol pada kekunci F.
Guna jari telunjuk tangan kanan untuk rasa bonjol pada kekunci J.
Secara automatik, semua jari berada pada kedudukan seperti gambar di atas.
2. KEKUNCI A
Tanpa lihat papan kekunci, guna jari kelingking kiri untuk tekan sekali sahaja kekunci A.
Pastikan huruf 'a' dipaparkan di skrin.
Tekan kekunci A berulang kali sehingga anda rasa selesa menaip huruf ini.
3. BACKSPACE
Tekan kekunci Backspace dengan jari manis tangan kanan.
Anda perlu bengkokkan pergelangan tangan ke kanan manakala jari manis diluruskan sedikit.
Sentuh bonjol J dengan jari telunjuk tangan kanan untuk kembalikan semula kedudukan semua jari.
Sebagai latihan, tekan kekunci A untuk paparkan huruf 'a' kemudian tekan kekunci Backspace untuk memadamnya.
Ulang proses di atas beberapa kali tanpa lihat papan kekunci.
4. ENTER
Tekan kekunci Enter menggunakan jari kelingking tangan kanan.
Bahagian pergelangan tangan perlu dibengkokkan sedikit ke arah kanan.
Sentuh bonjol kekunci J dengan jari telunjuk tangan kanan untuk kembalikan semula semua jari ke kedudukan asal.
Sebagai latihan, tekan kekunci A untuk paparkan huruf 'a' kemudian tekan kekunci Enter untuk pindah ke baris baru.
Ulang proses di atas beberapa kali tanpa lihat papan kekunci.
5. KEKUNCI B
Tanpa lihat papan kekunci, guna jari telunjuk tangan kanan untuk tekan sekali sahaja kekunci B.
Pastikan huruf 'b' dipaparkan di skrin.
Kembalikan hujung jari ke kedudukan asal dengan meraba bonjol pada kekunci J.
Tekan kekunci B berulang kali sehingga anda rasa selesa menaip huruf ini.
Pengguna kidal digalakkan guna telunjuk tangan kiri.
6. KEKUNCI C
Lihat papan kekunci.
Guna jari telunjuk tangan kiri untuk tekan sekali sahaja kekunci C.
Kembalikan hujung jari ke kedudukan asal dengan menyentuh bonjol pada F.
Ulang proses di atas sehingga anda mampu taip huruf 'c' tanpa lihat papan kekunci.
7. SPACEBAR
Guna ibu jari tangan kanan untuk tekan kekunci Space Bar.
Ibu jari tangan kiri boleh digunakan jika anda kidal atau lebih selesa menggunakan tangan kiri.
Tanpa lihat papan kekunci, tekan Space Bar beberapa kali untuk cipta ruang kosong.
Tekan kekunci Backspace jika ingin padam ruang kosong tersebut.
Sebagai latihan, tekan kekunci A untuk paparkan huruf 'a' kemudian tekan kekunci Space Bar untuk cipta ruang kosong.
Ulang proses di atas beberapa kali tanpa lihat papan kekunci.
Susunan pembelajaran:
Hari Pertama - ABC