Lihat video di atas atau ikuti langkah berikut untuk tingkatkan kelajuan menaip sehingga 100 WPM.
Lihat video di atas atau ikuti langkah berikut untuk tingkatkan kelajuan menaip sehingga 100 WPM.
Berlatih secara dalam talian di laman https://keybr.com.
Taip teks yang disediakan hingga semua huruf bertukar hijau.
Hijau bermaksud sasaran kelajuan bagi huruf tersebut berjaya dicapai.
Sasaran bermula dengan 35 WPM dan boleh ditingkatkan dalam bahagian SETTINGS.
Ia membantu anda berlatih menaip huruf yang sukar misalnya 'q', 'z' dan 'x'.
Latih tubi jari tangan kiri dengan menaip senarai perkataan berikut.
acara adat aedes afiat afidavit afrit afro afta agresif agro aorta aras arca arif arteri artis arus asar asasi asid astaga asteroid atas atur audit aurat aurora auta autograf autoriti awas awet aziz cacar caci cadar cagar cair cari carta carut catat catur cawat cecair cedera cegat cerai cerca cerdas cerewet cergas ceria cerita ceritera cerut ceti cetus cicir cirit cita citra coret cuaca cuai cuci cucur cuit curi curiga cuti dadar dadu daftar dagu daif darat dari darurat dasar dasawarsa datar dawai dedar defisit degar derai deras deret deria derita deru desas desir desus dewasa dewata dewi diari diet digit diri dodoi dosa draf duda duet duga duit duri dusta duta edar edisi erat erti estet faraid fardu fasad fasiq fatwa firasat firdaus fius fosforus fotografi fotostat frasa gadai gadis garau garis gawat gazet gegar gegas gegat geografi gerai gergasi gerigi gerudi gerutu gesa geser getar getir getus giat gigit gitar giur gizi goda gores gout graf grafiti graviti gred grid gugat gugur gurau gusar gusti iaitu ifrit iftar igau iradat iras isteri istiadat oasis otot ovari overdraf qada qadar qari qasar qiraat qisas racau radar radiator radio radius radu rafia raga ragi ragut rasa ratus raut rawat reda regu reruai resit restu risau roda rodeo roti ruas rugi rusa saat sadai saderi sadis safari sagat sagu saif saiz saraf sarat sari sarsi sasar sastera satira saudagar saudara sawat sawo secara sedar sederet sedia sedut segar segera segi seiras seisi serai serasi serat seratus seriau serius serta seru sesar sesat sesuai sesuatu setaraf seteru setia sewa sfera siaga siar siasat siat sidai siddiq sifar sifat sirat siri sisa sisir siswa siswi sitar sitrus situasi siur soda sofa sorot sosio soto staf status stereo steroid strata strategi studio suai suara suasa suatu suci sudut sufi suis surat suria surut susur sutera sutradara swafoto swasta taaruf taat tadarus tadi tafsir taici taraf tarif tasawuf tasawur tatu taucu tauge taut tawaf tawar teater tegar tegas teori terasa teratai teratur teres tergadai tersirat tersurat tertawa tertera terurai terus tetas tewas tiada tiara tidur tirai tiris tiroid tiru tisu titis todi tradisi tragedi trofi tuai tugas tugu turut tutur udara ufti ugut uras urea urut usai usia usir ustaz usus utara utas uzur varia variasi varsiti versi veto viagra video videografi virus visa viva voodoo wadar wadi wafat waras warga warta wasiat wasit waswas widuri wirawati wirid witir writ wuquf xerofit xerosis zigot zuriat
Senarai terdiri daripada 400 perkataan yang disusun mengikut turutan a hingga z.
Hanya vokal 'i', 'o' dan 'u' sahaja perlu ditaip dengan jari tangan kanan.
Berikut cara menggunakan senarai perkataan ini.
Klik SETTINGS.
Klik Custom Text.
Padam teks lama.
Salin (copy) teks baru iaitu senarai perkataan tersebut.
Kemudian tampal (paste) untuk gantikan teks lama.
Klik DONE.
Dalam SETTINGS, pilih "Shuffle words" supaya perkataan disusun secara rawak.
Kemudian ubah "Daily goal" kepada 10 minit.
Kelajuan menaip dengan tangan kiri sepatutnya berjaya ditingkatkan dalam masa beberapa minggu,
Perbaiki ketepatan dahulu kerana setiap kesalahan akan memperlahankan kelajuan.
Ketepatan kurang daripada 95% tidak bagus untuk ingatan otot.
Perlahankan sedikit kelajuan untuk dapatkan ketepatan 98-100%.
Graf "Typing Speed" disediakan dalam bahagian Profile.
Lihat graf ini untuk pantau sama ada terdapat peningkatan atau tidak dalam ketepatan menaip.
Pastikan jari berada di kedudukan yang tepat dan selesa ketika menaip.
Jika tersasar beberapa mm, jari mungkin tertekan kekunci bersebelahan sekaligus menaip huruf yang salah.
Hujung jari tidak boleh terlalu jauh dari permukaan kekunci.
Lebih dekat dengan permukaan, lebih singkat masa menekan maka lebih laju anda menaip.
Jangan tekan kekunci terlalu kuat.
Tekanan berlebihan melambatkan pergerakan walau hanya beberapa milisaat.
Tekan dengan lembut atau sedikit saja supaya jari boleh bergerak pantas untuk menekan kekunci lain.
Cuba taip perkataan dengan kepantasan seperti menaip satu huruf.
Di awal pembelajaran, huruf ditaip satu persatu dengan kelajuan sekitar 20-30 WPM.
Ketepatan perlu ditingkatkan sebelum kaedah ini dicuba.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Taip perkataan pertama (deru) selaju yang boleh kemudian berhenti.
Ulang pada perkataan kedua (cerdas), ketiga (diari) dan seterusnya.
Bahagi kepada dua bahagian jika perkataan terlalu panjang atau sukar ditaip.
Misalnya "peris" dan "tiwa" untuk perkataan peristiwa.
Berlatih 5-10 minit sehari.
Anda akan rasa peningkatan yang ketara selepas beberapa minggu.
Cuba baca sambil menaip.
Maksudnya, baca perkataan kedua ketika jari menaip perkataan pertama.
Dalam contoh di atas, perkataan makan dibaca ketika mfauzy ditaip,
Kemudian, perkataan nasi dibaca ketika makan ditaip.
Begitulah seterusnya sehingga semua perkataan selesai ditaip.
Menaip tanpa berhenti walaupun sebentar akan meningkatkan kelajuan anda.