Soalan Lazim (FAQ)

SOALAN YANG SERING DITANYAKAN

NAK KENA APPOINTMENT KE?

Ya. Sebaiknya buat temujanji dahulu sebelum datang untuk berbekam untuk mengelakkan jadual berlapis.

Nak buat appointment atau booking slot berbekam mudah je... Taip Nama, Tarikh & Masa, kemudian hantar je Whatsapp kepada kami.


Nak Call terus pun boleh... Kami akan beri cadangan hari, tarikh & masa kalau slot yang anda pilih tu penuh...


Nak Walk In? pun boleh... tapi, risikonya, jika slot masa berbekam dah di block, nanti kena tunggu giliran lama... lagi teruk kalau satu hari full, penat je datang tapi tak boleh nak berbekam hari tu...


Senang je kan? Jadi tunggu apa lagi? Jom...


PEREMPUAN TAK ADA KE BERBEKAM?

Eh... Siapa kata tak ada... Kami juga ada menyediakan perawat perempuan yang berpengalaman untuk melakukan rawatan bekam.


Perkhidmatan kami patuh syariah, sampaikan di mana bilik rawatan kami pun diasingkan untuk lelaki dan perempuan.


Ada yang memberi pendapat bahawa, wanita tidak perlu berbekam kerana setiap bulan sudah membuang darah. Malah, ada juga yang mengatakan, sunat untuk kaum lelaki berbekam sebagai ittiba’(ikutan) sunnah, adapun tidak sunat bagi kaum hawa berbekam, ini adalah pendapat yang mengelirukan.


Adalah penting sebelum mengeluarkan pendapat, kita mengkaji halnya berkaitan dengan haid seorang wanita.


Secara ringkasnya haid berlaku apabila tiadanya berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj. Proses ini akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Dan ini hanya berlaku di dalam rahim sahaja, bukan pada bahagian-bahagian tubuh yang lain. 


Secara ringkasnya, proses haid tidak membantu merawat masalah sakit di bahagian-bahagian tubuh lain, melainkan salah satunya melalui bekam.

SAKIT KE BERBEKAM?

Boleh dikatakan tidak, ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat tusukan jarum khusus yang dipanggil LANCET.

Sebelum berbekam darah, di Bekam Khalifah, kami akan melakukan bekam angin terlebih dahulu. Kaedah Bekam angin ni selain menarik darah naik ke permukaan kulit, ia juga membuatkan kulit menjadi sedikit kebas seterusnya mengurangkan lagi rasa sakit semasa tusukan jarum.

Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh lancet ini sangat cepat sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.

Kaedah tusukan ini mirip kaedah 'blood test' atau ujian kencing manis.

Hak Cipta Terpelihara Bekam Khalifah 2009