Tarikh Sunnah Berbekam jatuh pada 17, 19 & 21 Setiap bulan Hijriah.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)
Kenapa pada pertengahan bulan Hijriah?
Pada awal bulan hijriyah, darah kita sedang merendah, akhir bulan, darah kita sedang naik memuncak, pertengahan bulan, darah kita sedang stabil.
Di sinilah rasional disebalik tarikh 17, 19 & 21 setiap bulan Hijriah.
Kajian oleh Ilmuan Islam
Hal ini juga diterangkan secara ilmiah Oleh Ibnu Sina Dalam Kitabnya yang terkenal "Qanun", bahawa Darah Saat Itu Mengikuti Gravitasi Bulan sehingga Mudah Untuk Di Tarik keluar dari Tubuh. Waktu ni jugalah, darah-darah penyebab penyakit akan keluar dengan baik
Bekam merupakan ilmu perubatan Islam antara ikhtiar dalam menyembuhkan penyakit menggunakan cara khusus berpandukan al-Quran, sunnah dan ijtihad ulama muktabar.
Prinsip asas dalam perubatan Islam, meletakkan kuasa penyembuhan hanya kepada Allah SWT. Keyakinan disandarkan kepada kuasa Tuhan Yang Maha Menyembuhkan disusuli ikhtiar
Bekam adalah rawatan yang begitu digalakkan, membabitkan proses membuang darah bertoksik yang ada di bawah permukaan kulit seseorang. Pembuangan itu bertujuan melancarkan peredaran darah selain membuang angin dalam badan yang menimbulkan rasa tidak selesa, rasa badan lesu dan lemah.
Rawatan bekam juga mempunyai banyak faedah termasuklah meringankan otot yang kejang, mengatasi ketengangan berpanjangan serta membebaskan angin kotor dan toksin dalam badan.
Rawatan bekam diyakini boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan dan merupakan alternatif terbaik rawatan perubatan moden di samping menyegarkan dan menyihatkan badan.
Darah adalah cecair badan utama yang diperlukan untuk hidup. Ia merupakan 7% berat badan manusia. Darah memainkan peranan penting dalam mengangkut nutrien, elektrolit, hormon, antibodi, oksigen dan sebagainya ke seluruh badan. Darah juga mengandungi berbagai komponen seperti sel darah putih, sel darah merah, platlet dan plasma.
Sel darah merah boleh hidup lebih kurang 120 hari di dalam badan. Selepas itu, sel darah merah akan mati dan akhirnya dibuang dari badan. Seterusnya, sel darah merah baru dihasilkan oleh sum-sum tulang bagi menggantikan sel darah merah yang mati.
Sebanyak 5184 billion unit sel darah mati yang dihasilkan dalam badan kita:
1 Saat = 2 JUTA Unit
60 Saat = 120 JUTA Unit
60 Minit = 7.2 BILLION Unit
24 Jam = 172.8 BILLION Unit
30 Hari = 5184 BILLION Unit
Kelahiran & kematian sel-sel darah Ini terjadi secara automatik tanpa dikawal oleh kita sendiri. jika ada sel darah yang mati, pastinya bilangan darah yang berkurangan itu akan diisi kembali dengan kelahiran darah yang baru.
Bukankah ianya satu petanda kekuasaan Allah S.W.T. Proses keseimbangan Ini disebut sebagai Homeostasis iaitu "Proses tubuh yang mengembalikan keseimbangan pada sistem tubuh pada kadar normal"
Persoalannya, kemanakah sel-sel darah yang mati tersebut pergi?
Sel darah mati Itu masih berada dalam saluran darah kita dan INILAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI "DARAH KOTOR" TU.
Sebilangan sel darah mati Ini dan dihapuskan oleh sel darah putih dan juga dinyahkan di organ limpa dan sebahagiannya masih bebas dalam saluran darah. Jadi yang masih bebas ini akan menyebabkan DARAH MENJADI LEBIH LIKAT DAN PEKAT.
Kepekatan darah terus bertambah menjadi pekat dan likat seiring
peningkatan usia MAKA TERCETUSLAH MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI --> SAKIT KEPALA --> STROKE --> SERANGAN JANTUNG.
Apabila darah pekat, perjalanan darah yang membawa oksigen Ke otak menjadi kurang sebab perjalanan darah perlahan, Bila kepala tidak dapat oksigen yang cukup akan sebabkan sakit kepala. Jadi JANTUNG AKAN BEKERJA LEBIH KUAT TANPA HENTI UNTUK PASTIKAN KEPALA DAPAT CUKUP OKSIGEN. Lama-kelamaan jantung akan kepenatan untuk terus mengepam darah.
Salah satu CARA YANG TERBAIK UNTUK KELUARKAN SEL DARAH MATI ADALAH DENGAN BERBEKAM.
Berpandukan hadis-hadis menunjukkan bahawa bekam merupakan satu-satunya anjuran perubatan daripada langit (ketika Isra' Mikraj) Jibrail A.S menyarankan kepada Rasulullah SAW supaya menggalakkan ummatnya berbekam .Begitu juga kajian perubatan semasa menemui begitu banyak manfaat dan kebaikan bagi yang mengamalkan bekam secara berkala berbanding mereka yang tidak pernah beberkam lebih-lebih lagi dari segi pertumbuhan sel darah baru dan tahap kerbersihan darah .
Hadis 1
Dari Anas bin Malik r.a (ditanya) mengenai berbekam, beliau berkata: Bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam dan memerintahkan keluarga beliau. Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam".
Hadis dari Ibnu Abi Umar juga menyebutkan demikian (Shahih Muslim 1577)
Hadis 2
Dijelaskan bahwa diceritakan mengenai Pengubatan dengan berbekam dan dikatakan bahwa : Rasulullah SAW bersabda : "Aku tidak diperintah oleh Para Malaikat pada malam Isra kecuali mereka (para malaikat) itu berkata: Kerjakan Hijamah ya Muhammad." dan meraka (para malaikat) itu juga berkata Perintahkan Umatmu Berbekam.
Hak Cipta Terpelihara Bekam Khalifah 2009