BEKAM KHALIFAH

MENGENAI BEKAM KHALIFAH

BEKAM KHALIFAH mula ditubuhkan pada tahun 2009 bertempat di Kampung Berhala Gantang, Temerloh setelah mendalami ilmu rawatan bekam di 3 negeri. di awal penubuhannya, Bekam Khalifah beroperasi lebih kepada bekam secara mobile, kemudiannya berpindah di Kolam Tahfiz (Wadi Al-Amin) Kampung Berhala Gantang pada tahun yang sama.

Pada tahun 2014, Temerloh telah dilanda banjir besar mengakibatkan pusat bekam tersebut ditenggelami air dan mengalami kemusnahan total. Tidak berputus asa dengan ujian tersebut, pengasasnya, Mohamad Hirman bin Abd Khairi bangkit semula dengan berpindah ke Damai Court, Temerloh dengan menawarkan perkhidmatan untuk lelaki & wanita secara patuh syariah di premis yang lebih terancang, bersih dan selesa.

Bekam Khalifah Temerloh telah merawat lebih 5000 pelanggan dan semakin bertambah dari hari ke hari kemudiannya berinisiatif membuka cawangan pertamanya di Tanjung Lumpur, Kuantan pada tahun 2020 namun tiada yang menjangkakan, wabak Covid-19 melanda seluruh dunia selama hampir 2 tahun.

Bekam Khalifah hari ini, setelah 15 tahun dalam bidang rawatan bekam, masih beroperasi seperti biasa dan telah melalui banyak penambahbaikan dari segi rawatan, peralatan, pengurusan dan operasi. 


TEMERLOH

BUKA SETIAP HARI KECUALI AHAD, 10.00am - 6.00pm

No.80, Tingkat Bawah, Persiaran Damai 1, Damai Court, 28000 Temerloh

(Bersebelahan Agro Bank Temerloh)

Facebook

KUANTAN

BUKA SETIAP HARI KECUALI AHAD, 9.00am - 6.00pm

No.14, Tingkat Atas, Jalan Peramu Baharu 5, Tanjung Lumpur, 25050 Kuantan

(Belakang Restoran Santai, Seberang Petronas Tanjung Lumpur)

Facebook

HADIS-HADIS MENGENAI BEKAM

Hak Cipta Terpelihara Bekam Khalifah 2009