Toyota Motor Corporation (Jepun: トヨタ自動車株式会社, Hepburn: Toyota Jidōsha KK, adalah sebuah pengeluar kenderaan antarabangsa dari Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Syarikat ini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat. Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. Toyota menubuhkan sebuah pasukan Formula Satu yang dinamakan Panasonic Toyota Racing.
Toyota merupakan syarikat pengeluar kereta terbesar di dunia dalam jualan-jualan unit dan bersih dengan 8-8.5 juta unit kereta di seluruh dunia tiap tahunnya.
Syarikat ini merupakan syarikat automotif terbesar dunia mengikut pendapatan setakat Disember 2019 dengan 364,445 orang pekerja aktif (setakat 2017). Ia pengeluar automobil terbesar Jepun malah pengeluar kedua terbesar dunia selepas Volkswagen berdasarkan jualan unit tahunan 2018.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Toyota