Assalamualaikum & salam sejahtera kepada Tuan/Puan. Kami menjual pelbagai jenis kenderaan import terpakai dari luar negara. Kami memberikan perkhidmatan yang terbaik & harga yang berpatutan. Serta menyediakan pakej yang istimewa. Dijamin akan memberi kepuasan kepada Tuan/Puan. Kami akan sentiasa mengemas kini dan menambah senarai kereta import terpakai dan gred yang terbaik dari serata dunia.
Pilihan di tangan anda, pilihlah dengan bijak.
Sekadar Perkongsian Tatapan Anda Semua.
Tidak lama lagi, kaum muslim akan bertemu kembali dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh dengan ibadat dan bulan kebaikan untuk kita semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Dengan itu, kami dari CBU Used Car dealer mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan. Serta kami menyediakan pelbagai pakej-pakej dan promosi yang hebat menanti anda.
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina , kami dari CBU Used Car dealer mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2023 dan menyediakan pelbagai promosi untuk anda semua .
Perkataan CBU atau sinonimnya orang memanggil "Recond" berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu "Complete Build-UP" yang bermaksud kenderaan yang diimport telah siap dibina dan hanya menunggu untuk dijual sahaja. CBU juga menjual keseluruhan kenderaan dan tidak menjual secara berasingan ataupun "parts".
Kelebihan CBU adalah anda tidak perlu menunggu lama untuk membeli model tersebut kerana semuanya telah siap dipasang. Hanya menunggu masa pemprosesan sahaja dimana menunggu kelulusan pinjaman bank, puspakom, kastam serta beberapa proses kecil yang lain.
Semua kereta CBU juga adalah kereta dari luar negara yang telah diperbaharui sebelum dijual ke dalam negara. Oleh itu, kereta CBU adalah seperti baharu tanpa calar, lekuk atau kerosakkan sebuah kereta terpakai.
Selain itu, kereta CBU juga tidak pernah didaftarkan di Malaysia, jadi kereta-kereta CBU dianggap sebagai kereta baharu. Oleh itu, kadar faedah yang dikenakan pihak bank juga lebih rendah berbanding dengan kadar faedah kereta terpakai, walaupun kereta CBU sebenarnya bukan kereta baharu.
Satu manfaat memilih kereta CBU juga adalah pembeli boleh mendapat model, spek dan aksesori yang tidak terdapat dalam Malaysia. Pembeli boleh mendapat bantuan memandu, rim tayar dan banyak lagi yang tidak terdapat dalam Malaysia, Jika anda membeli kereta CBU.
Banyak lagi kelebihan yang anda boleh dapat dengan membeli kereta CBU. Pilihan di tangan anda.
Tidak semua yang tahu dimana setiap kereta recon import mempunyai gred yang bermula dari R2 sehingga ke S. Setiap gred menunjukkan prestasi dan kondisi setiap kenderaan dengan tepat. Untuk mengelakkan sebarang penipuan atau kegusaran, bolehlah bertanya kepada penjual kereta berapa gred kenderaan yang ingin anda beli atau dapatkan auction report yang boleh dibeli di laman sesawang yang tertentu. Pihak kami hanya menyediakan kenderaan yang bergred 3.5 dan ke atas sahaja serta boleh dipercayai. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Lokasi :
Wanija CBU Senawang.
No. 125, Jalan Senawang,
Kawasan Perindustrian Ringan Senawang,
70450 Senawang,
Negeri Sembilan
Masa :
Isnin - Jumaat : 8.30 pg ~ 5.00 ptg
Sabtu : 8.30 pg ~ 12.30 tgh hari
Ahad : Tutup ( Temujanji sahaja )
Cuti Umum : Tutup ( Temujanji sahaja )