Honda Motor Company, Ltd. (Jepun: 本田技研工業株式会社, Hepburn: Honda Giken Kōgyō KK, (TYO: 7267 ) ialah sebuah syarikat pengeluaran Automotif Jepun yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai "Institut Penyelidikan Teknik Honda" di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.
Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal. Produk awal Honda ialah motosikal 50 cc, dengan setengah kuasa kuda yang dikenali sebagai 'Jenis-A'. Pada waktu itu, penyelidikan Honda sangat dipengaruhi oleh Perang Dunia II di mana petrol sukar diperolehi dan pengangkutan awam sangat tidak efisien akibat peperangan. Honda pernah mengeluarkan bahan bakar sendiri yang diperbuat daripada pokok pinus. Kereta pertama Honda dikeluarkan pada tahun 1963, iaitu kereta dua tempat duduk. Pada masa kini, kenderaan buatan Honda telah menjadi ikon dunia.
Syarikat ini merupakan pengeluar motosikal terbesar dunia sejak 1959 dengan capaian pengilangan sebanyak 400 unit hujung tahun 2019,[6] serta pengeluar enjin pembakaran dalam terbesar ikut perkiraan dengan lebih 14 juta unit setahun. Honda tidak sahaja menjadi pengeluar automobil kedua terbesar Jepun dari tahun 2001, malah juga pengeluar kelapan terbesar dunia tahun 2015.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Honda