Sabda Rasulullah s.a.w., yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri” – Hadis Riwayat al-Thabrani.
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
Riwayat: Muslim
Walaupun secara literalnya apabila anda bersedekah anda mengeluarkan duit, tetapi peracayalah insya-Allah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih berharga. Pulangan rezeki yang tak terjangka. Asalkan anda luaskan pandangan anda kepada konsep rezeki, setiap apa yang dapat akan kelihatan seperti rahmat daripada bersedekah. Kenalan yang baik, kesihatan dan rezeki lain. Kita cuma perlu percaya kepada janji Allah.
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.
Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari–1897 & Muslim–1705
Orang yang sering bersedekah akan memperoleh naungan di akhirat. Orang yang sentiasa membuat kebaikan dengan bersedekah malah akan menyiapkan bekal mereka untuk akhirat dengan pengakhiran yang baik. Segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini akan dikira sebagai pertolongan dan pahala pada hari pembalasan nanti.
Penawar atau Ubat Kepada Penyakit (HR At-Tabrani, 10198)
Hadis ini berbunyi:
“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”
Hadis Riwayat Thabrani
Nikmat manakah yang kita dustakan? Cuma dengan bersedekah Allah SWT rupa-rupanya akan menolong memberikan kesihatan. Bersihkanlah harta dengan bersedekah. Insya-Allah harta yang bersih menjadi rezeki berkat untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sesiapa yang bermanfaat.
Setiap Sumbangan daripada anda adalah digunakan untuk aktiviti-aktiviti dakwah dan kebajikan, kos lain-lain yang berkaitan, disamping itu digunakan untuk memberi sedikit sumbangan kepada tenaga pengajar Baitul Mukhtar yang tidak pernah meminta untuk di bayar gaji mahupun elaun.
"RM1.00 AMAT BESAR NILAINYA DISISI ALLAH NAMUN KECIL NILAINYA DISISI MANUSIA "