Baitul Mukhtar telah ditubuhkan pada tahun 2017 di Kuching Sarawak. Pada peringkat awal, Baitul Mukhtar hanya mempunyai 10 orang pelajar dan 1 orang tenaga pengajar. Sehingga kini, Baitul Mukhtar telah menerima lebih daripada 200 orang pelajar dan mempunyai ramai tenaga pengajar yang kebanyakkannya adalah tenaga pengajar separuh masa.
Bersama-Sama Kita memeriahkan Rumah Ngaji Baitul Mukhtar Ini. Sebarkan Maklumat Ini kepada Ahli Keluarga Dan Rakan-Rakan Anda. Sambil Kita Menikmati kehidupan Dan Mengumpul Harta Di Dunia Ini, Mulakanlah Dari Sekarang Untuk Kita Mengumpul Kekayaan Di Akhirat Nanti, Sesungguhnya Kekayaan Di Akhirat Balasannya Adalah Syurga Allah Yang Tidak Ada Kematian Dan Kehidupan Yang Kekal Abadi. Nikmat Yang Tidak Pernah Kita Rasai Ketika Di Dunia Ini.
"Tujuan Utama Baitul Mukhtar Diwujudkan Adalah Untuk Mewujudkan Suasana Cinta Al-Quran, Celik Al-Quran Dan menjadikan Al-Quran Sebagai Amalan kehidupan Seharian. "
Ustaz Husaini Bin hamdan
Ustaz Arizan Bin Hj Abu Bakar
Guru Rosinah Bt Buyong
MARI BELAJAR MEMBACA KALAM ALLAH
SESI AL-QURAN & IQRA. Minima Umur 6 Tahun - 12 Tahun.
SESI AL-QURAN & IQRA. Berumur 13 tahun Ke Atas.
TESTIMONI PELAJAR BAITUL MUKHTAR
Alhamdulillah selama tempoh 6 tahun Baitul Mukhtar telah beroperasi, Baitul Mukhtar telah berjaya melahirkan lebih dari 50 orang pelajar yang telah mahir dan fasih membaca Iqra, Al-Quran & Ilmu Tajwid.
Majoriti daripada mereka adalah daripada "Zero to Hero". Pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Selain daripada kelas mengaji, Baitul Mukhtar juga menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti Dakwah & Kebajikan. Ianya dijayakan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai dan penglibatan daripada pelajar-pelajar Baitul Mukhtar.
Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, ianya akan menambahkan lagi keeratan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan dapat memberi banyak pengetahuan dan pengalaman khas untuk pelajar -pelajar mengenai erti ihsan dan sedekah.
PROGRAM SEDEKAH & BANTUAN BAITUL MUKHTAR
PROGRAM RAMAH TAMAH AIDILFITRI BAITUL MUKHTAR
PROGRAM "JOM BELAJAR SOLAT" BAITUL MUKHTAR
PROGRAM "UKHUWAH PELAJAR BAITUL MUKHTAR"
PROGRAM GOTONG ROYONG BAITUL MUKHTAR
PROGRAM BACAAN YASIN 7 MUBIN MUSLIMAT BAITUL MUKHTAR
PROGRAM "MAJLIS SAHABAT AL-QURAN BAITUL MUKHTAR"
ANDA MAHU MENJADI SEBAHAGIAN DARI PELAJAR
BAITUL MUKHTAR?
Yuran Pendaftaran Tahunan hanya RM10.00 Sahaja untuk seorang!
Anda boleh membuat pembayaran pendaftaran RM10 ketika anda menghadiri kelas.
Baitul Mukhtar tidak menetapkan sebarang jumlah yuran bulanan. Ianya bergantung kepada keikhlasan hati anda. Kami faham situasi kewangan anda.
LOKASI SESI KELAS NGAJI BAITUL MUKHTAR
MASJID DARUL ABIDIN
Kampung Malaysia jaya Jalan Astana Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak.