NOTA
1) Kelas akan dibahagikan kepada 2 bahagian, dewasa dan kanak-kanak.
2) Setiap pelajar perlu membawa buku Iqra & Al-Quran masing-masing untuk
memudahkan tenaga pengajar merekod setiap pembelajaran mereka.
3) Sesi kelas akan bermula sejurus sahaja selepas menunaikan solat fardhu maghrib &
selepas Isyak. Pelajar-pelajar digalakkan untuk solat maghrib & Isyak berjemaah di
Masjid.
4) Sesi pembelajaran adalah di dalam bentuk Talaqqi (bersemuka dengan guru). Sesi
pembelajaran beramai-ramai adalah mengikut keadaan dan bentuk subjek
pembelajaran.
5) Setiap seorang pelajar Iqra jangkaan masa Talaqqi adalah di antara 10 hingga 15 minit.
Manakala seorang pelajar Al-Quran, jangkaan masa Talaqqi adalah di antara 15 minit
hingga 20 minit. Masa ini akan berubah mengikut keadaan.
6) Pelajar-pelajar WAJIB menutup aurat dan berpakaian dengan sopan semasa sesi
pembelajaran berlangsung.
7) Ibu/Bapa/Penjaga boleh mengambil anak masing-masing setelah mereka selesai
bertalaqqi/selesai sesi pembelajaran.
8) Pelajar-pelajar dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan di dalam Masjid