The duties and responsibilities of a lecturer at Universiti Teknologi MARA are across a variety of teaching and learning activities, scholarship and services to universities, students and the community.
One of the important tasks that must be implemented by a UiTM lecturer is to be an Academic Advisor (PA) to a group of students who have been assigned to them.
The Academic Advisor is responsible for guiding and monitoring the academics progress of students under their respective supervision to assist them graduating within the stipulated period, acquiring a level of achievement academically appropriate to their abilities and potential.
TUGAS DAN PERANAN PENASIHAT AKADEMIK (PA)
TUGAS DAN PERANAN PENASIHAT AKADEMIK (PA)
Manual Penasihat Akademik 2012
Penasihat Akademik bertanggungjawab membimbing pelajar-pelajar di bawah pengawasannya (advisee/mentee) bermula awal pengajian mereka sehingga tamat pengajian.
Mereka hendaklah mudah dihubungi oleh pelajar dan mempamerkan jadual bimbingannya di tempat yang sesuai.
PA dikehendaki merekodkan kedatangan pelajar, bertandatangan dan menyimpan rekod rundingan akademik tersebut untuk rujukan. Tugas-tugas PA secara khusus ialah:
1. Mendapatkan maklumat yang perlu ada pada seorang PA untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan. Maklumat ini termasuklah struktur kurikulum program yang lebih dikenali sebagai pelan pengajian, kursus-kursus keperluan fakulti, universiti, asas, major, minor, elektif/pilihan dan lain-lain lagi.
2. Memperingatkan pelajar agar sentiasa mengemaskini nombor telefon bimbit dan alamat e-mel mereka di dalam sistem melalui i-student portal. Kedua-dua alat komunikasi ini digunakan oleh pihak universiti untuk memberikan makluman-makluman penting kepada pelajar dari masa ke semasa.
3. Memberi nasihat akademik secara berkesan supaya pelajar dapat merancang pelan pengajiannya dengan betul mengikut pilihannya.
Pelan Pengajian Jangka Pendek
Meliputi nasihat dan bimbingan semester ke semester mengenai kursus yang akan diambil atau dipilih serta proses pendaftaran masuk, pendaftaran kursus, penambahan kursus, pengguguran kursus dan penangguhan pengajian.
Pelan Pengajian Jangka Panjang
Menasihati dan membimbing pelajar mencapai objektif pengajian mereka sesuai dengan minat dan kebolehan yang ditunjukkan.
4. Mengakses sistem rekod akademik pelajar: memberi kelulusan kepada pelajar untuk menggugur atau menambahkan kursus, menyemak pelan pengajian pelajar.
5. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif kerjaya dan pelajaran sesuai dengan minat dan kebolehan yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut. Membantu pelajar untuk memahami rantaian yang terdapat di antara program, kursus, latihan amali, penyelidikan dan pengalaman akademik lain semasa pengajian.
6. Membimbing pelajar dalam merancang pengajiannya dan memberi nasihat tentang perubahan dalam kursus, unit kredit yang mungkin perlu dibuat dengan tujuan meningkatkan atau membaiki pencapaian dan prestasi akademik pelajar. Menasihati pelajar mengenai kursus pra-syarat, wajib, teras dan bukan teras.
7. Merujuk pelajar kepada sumber atau bahagian lain sekiranya tidak dapat membantu pelajar dalam sesuatu hal.
8. Menyimpan rekod prestasi akademik pelajar di bawah pengawasannya.
9. Berbincang dan berhubung dengan pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan sebarang isu akademik mengenai pelajar di bawah pengawasannya.
10. Menyertai program latihan atau bengkel, mesyuarat dan aktiviti berkaitan dengan peranan dan tugas penasihat yang diarahkan oleh Dekan/Rektor dan pihak pengurusan UiTM.