Persatuan Alumni SMKA Kota Kinabalu, ASMAKK telah di tubuhkan selepas 1000 orang alumni SMAKK / SMKAKK telah bersatu hati berkumpul sepantas satu minggu sahaja di platform maya ( Fb zyd Smakk ) yang keseluruhannya memberikan kepercayaan dan mandat kepada pembentukan Pro Tem ( Penaja ) ASMAKK.
Usaha ini menamatkan penantian 30 tahun para alumni SMAKK / SMKAKK yang inginkan sebuah persatuan alumni yang mewakili mereka di samping berpeluang untuk menghargai dan menyumbang semula kepada sekolah.
Jawatankuasa penaja Persatuan Alumni SMKAKK (ASMAKK) berjaya di bentuk secara penuh bersejarah pada 10 November 2019 di MSU College Aeropod dengan Dr Mohd Kamel Wan Ibrahim (ASMAKK92) sebagai presiden penaja.
Majlis Pelancaran ASMAKK diadakan pada 16 November 2019 di Hotel Raia, Sembulan, Kota Kinabalu.
ASMAKK telah berdaftar rasmi ROS, pada 19 November 2019 dengan nombor pendaftaran PPM-025-12-19112019.
Akaun Bank Rasmi ASMAKK : Bank Muamalat ( 1001-0002890-715 ) PERSATUAN ALUMNI SMKA KOTA KINABALU. di buka pada 23 Nov 2019.
Mesyuarat Agung ASMAKK kali Pertama telah bersidang pada 26 Januari 2020 di Dewan Ibnu Taimiyyah, SMKAKK.
Jumlah ahli ASMAKK kini semakin meningkat kerana wujudnya perasaan Kasih Sayang terhadap Alma Mater yang telah membentuk diri masing masing.
Moto ASMAKK "Narjik - Nuqoddir - Nusahim" ( Kembali - Menghargai - Menyumbang ) dan logo ASMAKK telah di cipta oleh "zyd Smakk" dengan mengambil ilham dan semangat dengan bantuan daripada rakan rakan ASMAKK.
Sehingga kini ASMAKK telah terlibat di dalam ratusan program yang bermanfaat kepada pelajar SMKAKK, Sekolah, Masyarakat dan Agama.
MENJADI PERSATUAN ALUMNI YANG BERIMPAK TINGGI DAN LESTARI
MEMANFAATKAN JARINGAN DI ANTARA AHLI ALUMNI
NARJI' ( KEMBALI ) RETURN
NUQODDIR ( MENGHARGAI ) APPRECIATE
NUSAHIM ( MENYUMBANG ) CONTRIBUTE
نَرْجِعُ - نُقَدِّرُ - نُسَاهِمُ
Narji'k - Nuqoddir - Nusāhim
(Kembali - Menghargai - Menyumbang)
ASMAKK ditubuhkan bagi mencapai tujuan-tujuan yang berikut:
Menyatupadukan bekas-bekas pelajar SMAKK dan SMKAKK.
Menghargai sumbangan dan pengorbanan warga SMAKK dan SMKAKK yang terdahulu dan terkini.
Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada ahli ASMAKK, masyarakat, SMKAKK dan institusi lain.
Encik Md Idzwan Aliasgar, (ASMAKK97) di ilhamkan oleh Allah untuk mengumpulkan para alumni SMAKK / SMKAKK melalui "Fb zyd Smakk" untuk mengasaskan ASMAKK pada tahun 2019. Bersama sembilan orang yang lain membentuk Jawatankuasa Protem ASMAKK pada 10 November 2019. Beliau mengambil peranan sebagai Setiausaha bermula daripada pembentukan Jawatankuasa Protem lagi. Beliau juga merupakan Penasihat ASMAKK bersama dua orang yang lain sejak 28 Ogos 2022.