HIGHLIGHTS ACTIVITY ASMAKK 2019
1) Mesyuarat Penubuhan Pro Tem ASMAKK ( 2019 )
Selepas 1000 pemilik akaun FB ex Smakk berjaya dihimpunkan, maka pada 9 NOV 2019 mesyuarat pertama untuk mewujudkan PRO TEM, Pertubuhan Alumni SMKA Kota Kinabalu, ASMAKK telah di adakan di Bilik Mesyuarat MSU College Sabah (Aeropod) dengan di hadiri oleh 10 orang wakil secara fizikal.
Mesyuarat penting yang menjadi titik tolak perjalanan ASMAKK sebagai sebuah persatuan alumni bekas pelajar SMAKK yang telah lama di nantikan penubuhannya oleh semua pihak.
2) Kunjungan Hormat ASMAKK vs SMKAKK ( 2019 )
Sempena penubuhan ASMAKK, pihak sekolah SMKAKK berasa sangat teruja dan mempelawa ASMAKK untuk mengadakan lawatan pertama para alumni ASMAKK ke SMAKK.
Kunjungan hormat telah di adakan pada 15 NOV 2019 dengan di hadiri oleh pengetua Datin Hasnah Yaakob, Ust Shukor dan Cikgu Fazliah Abd Rahman.
Perbincangan adalah untuk bersuai kenal dengan SMAKK dan juga menerangkan hala tuju ASMAKK.
Semua wakil ASMAKK juga telah di bawa mengelilingi sekolah untuk meninjau keadaan sekolah sekaligus mengilhamkan ASMAKK untuk menjalankan program Infaq Kilat Dataran Halaqah SMKAKK 2019 (kutipan 4 hari saja, sasaran Rm8000).
Semoga hubungan baik antara ASMAKK dan SMKAKK akan terus terpelihara.
3) Majlis Pelancaran ASMAKK ( 2019 )
Majlis Pelancaran ASMAKK telah berlangsung secara gilang gemilang pada 16 Nov 2019 di Dewan Tun Sakaran Tabung Haji Sembulan, Sabah.
Logo Rasmi ASMAKK juga telah di rasmikan pada hari tersebut sekaligus dengan motto rasmi ASMAKK
NARJI (Kembali ) Return - ASMAKKIAN di harapkan akan kembali semula ke alma mater
NUQADDIR ( Menghargai ) Appreciate - Menghargai semua perkara berkaitan Smkakk ( terutamanya kepada para murobi) yang telah membentuk kehidupan dan jati diri ASmakkian.
NUSAHIM ( Menyumbang ) Contribute – Menyumbang semula kepada SmkaKK bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga semua segi yang termampu.
4) Berdaftar ROS pada 19 Nov 2019
Dengan kerjasama daripada semua pihak, akhirnya pada 19 Nov 2019 Pro Tem ASmakk secara rasminya telah berjaya mendaftarkan ASMAKK dengan ROS Malaysia.
Alhamdulillah, segala harapan dan cita cita para alumni ASmakk untuk melihat SMKAKK mempunyai persatuan alumni berdaftar dapat di tunaikan selepas 29 tahun.
5) Bank Akaun Rasmi ASMAKK
Akaun Bank Rasmi ASMAKK telah berjaya di buat setelah semua dokumen penting persatuan yang diperlukan telah di perolehi.
Akaun Bank Rasmi
PERSATUAN ALUMNI SMKA KOTA KINABALU
1001-0002890-71-5 (Bank Muamalat)
Semoga dengan wujudnya akaun bank rasmi ini akan memudahkan lagi segala urusan ASMAKK dari segi urusan kewangan yang lebih teratur dan telus.
6) Infaq Kilat Lantai Dataran Halaqah
Program Infaq kilat yang di ilhamkan oleh exco ASMAKK sempena kunjungan hormat ASMAKK ke SMKAKK.
Infaq kilat yang di buka selama 4 hari sahaja untuk mengutip RM11215 bagi menyiapkan lantai dataran halaqah bagi kegunaan 500 huffaz SMKAKK.
Sumbangan di serahkan kepada pihak sekolah dalam satu majlis ringkas semasa pelancaran ASMAKK di Dewan Tun Sakaran, Tabing Haji Sembulan pada 16 Nov 2019.
Pihak Exco ASMAKK yg di wakili oleh saudara Adpatiayawan Ahmad juga secara sukarela menjadi pengurus menyiapkan kerja kerja menyiapkan lantai dataran tersebut.
Pencapaian terbaik dalam rangka NUSAHIM (Menyumbang semula) bagi warga ASMAKK keseluruhannya.
7) Mesyuarat ASMAKK Bersama Senior SMA Limau Limauan
Satu sesi mesyuarat telah diadakan pada 20 NOV 2019 dengan juga kehadiran senior daripada SMA Limau Limauan di Bilik Mesyuarat MSU College Aeropod.
Mereka juga merupakan bekas pelajar SMAKK yang sudi hadir sebagai pemerhati.
Mesyuarat berjalan lancar dengan pelbagai input, maklum balas dan nasihat berguna daripada senior tersebut
Seperti yang di nyatakan oleh mereka, terdapat satu ikatan yang menghubungkan semua sekolah Agama di Sabah. Ini kerana pelajar pelajar perintis yang asal di SMAKK sememangnya terdiri daripada bekas pelajar SMA Inanam, Sandakan, Ranau, Limau Limauan, Semporna dan Tawau.
Ikatan ini membentuk satu jalinan ukhuwah dan silaturahim yang unik. Secara tidak langsung persatuan alumni bagi semua sekolah sekolah agama di Sabah ada perkaitan.
8) Lawatan ASMAKK vs UBK ASMAKK
Satu sesi lawatan ringkas telah diadakan diantara ASMAKK dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKAKK pada 22 Nov 2019 di Bilik Kaunseling UBK SMKAKK.
Pihak ASMAKK di wakili Presiden Dr Wan Kamel dan Bendahari Suif Sainan, telah di hos kan oleh Cikgu Fazliah Abd Rahman dari UBK SMKAKK.
Perbincangan berkisar mengenai program program yang bakal diadakan di SMKAKK di samping mengetahui mengenai situasi semasa para pelajar SMKAKK dari semua segi.
ASMAKK amat berterima kasih dia atas kerjasama yang di berikan oleh ASMAKK khususnya kepada Cikgu Fazliah Abd Rahman.
9) Program Halatuju Kerjaya ASMAKK, IMPAK V1.0
Satu program halatuju kerjaya yang di ilhamkan oleh Presiden ASMAKK, Dr M Kamel Wan Ibrahim, iaitu “Inisiatif Module Pantas Kerjaya”, IMPAK Siri V1.0 telah berjaya diadakan.
Program diadakan di Dewan Ibn Taimyyah SMKAKK pada 28 Nov 2019 dengan kerjasama ASMAKK, UBK dan juga 10 org para Nuqoba (ahli panel) daripada alumni Smakk.
Kumpulan sasar 80 orang pelajar lepasan SPM SMKAKK mendapat manfaat daripada program yang julung julung kali di adakan di seluruh dunia ini.
ASMAKK mengharapkan penglibatan sumbangan tenaga kemahiran dan kepakaran alumni yang lain dimasa hadapan. Ini merupakan peluang untuk mereka menyumbang semula dalam rangka NUSAHIM kepada SMKAKK.
10) Infaq Kilat Pek Makanan Fi Sabilillah Mekah
10a) Siri 1 SR150 Riyal
10b) Siri 2 SR850 Riyal
10c) Siri 3 SR570 Riyal
Program Infaq Kilat 4 jam sahaja untuk warga ASMAKK bersedekah kepada fi Sabilillah di Mekah. Sumbangan wang daripada Munfiq (pemberi infaq) telah di serahkan kepada peneyedia makanan di Tanah Suci Mekah berhadapan Masjidil Haram untuk di edarkan.
Alhamdulillah, program telah berlangsung sebanyak 3 siri, dengan jumlah besar sumbangan sebanyak SR1570 Riyal.
Semoga program infaq sebegini boleh di teruskan di masa akan datang.
11) International ASmakk Brotherhood Meetup Mekah
Daripada pemerhatian 1300 Asmakkians di dalam FB, terdapat banyak lagi sesi pertemuan di antara Asmakkians di seluruh dunia. Secara serkumpulan, mahupun mini reunion di antara batch.
ASMAKK mengambil inisiatif untuk merekodkan satu pertemuan secara rasmi di luar negara dengan beberapa rakan Asmakkian di sana.
Negara Arab Saudi di pilih dan pertemuan rasmi pertama di adakan. Asmakkian yang di temui juga adalah berlainan batch serta tidak pernah di bertemu selama 20 tahun sejak meninggalkan SMAKK.
Ini membuktikan terdapat satu ikatan ukhuwah di kalangan Asmakkians yang sentiasa wujud sekian lama menanti untuk bersatu kembali merapatkan saff bersama Persatuan Alumni SMKA KK, ASMAKK
12) Kupi kupi Silaturrahim (Air zam zam)
Kupi kupi Silaturahim (air zam zam di hidangkan) yang di ilhamkan oleh AJK ASMAKK, Fadhil Abu Bakar telah diadakan di BTC Bistro Luyang pada 17 Dec 2019.
Mengumpulkan 20 Asmakkians daripada pelbagai batch perintis 1992 sehingga junior 1998, menunjukkan
Aktiviti yang kebanyakannya bertanya khabar, dan bertukar tukar pendapat itu tidak kekok dan janggal kerana kesemua yang hadir merupakan bekas pelajar di SMAKK. Pelbagai cerita lama di ungkit kembali mengembalikan nostalgia belajar di SMAKK dahulu.
Semoga aktiviti seperti ini dapat di teruskan lagi pada masa akan datang dengan kehadiran yang lebih ramai terutamanya batch junior 2000an keatas.
13) Kunjungan Hormat ASMAKK vs PIBG SMKAKK
Selepas di jemput oleh PIBG SMKAKK, satu kunjungan hormat ASMAKK kepada PIBG SMKAKK telah berjaya di adakan di Surau Ar Rahman SMKAKK pada 30 Dec 2019.
Kunjungan yang di hadiri oleh 6 wakil ASMAKK dan 3 wakil PIBG itu membincangkan mengenai perkembangan Dataran Halaqah Quran Huffaz SMKAKK yang sedang di siapkan.
Semoga kerjasama ASMAKK dan PIBG akan dapat di teruskan di masa hadapan untuk manfaat SMKAKK khususnya kepada para pelajar SMKAKK.
14) Solat Kusuuf Gerhana 2019 ASMAKK
Sempena kejadian gerhana matahari yang berlaku pada 26 Dec 2019, ASMAKK telah berjaya menjalankan solat Kusuuf Gerhana 2019 di Surau Ar Rahman, SMKAKK.
Kejadian alam ini amat jarang terjadi dan seterusnya cuma akan berlaku 22 tahun yang akan dating lagi.
Solat Kusuuf yang unik ini dilakukan 2 rakaat, tetapi 2 kali Takbir, 2 kali fatihah dan 2 kali surah pilihan bagi setiap rakaat.
ASMAKK berbangga dapat melaksanakan solat sunat ini di surau yang menjadi tempat menuntut ilmu suatu masa dahulu. Alhamdulillah.
15) Majlis Tahlil & Bacaan Yasin
Majlis Tahlil & Bacaan Yasin sempena memperingati Allahyarham Cikgu Md Zain Mustapa dan juga semua warga ASMAKK yang telah pergi dahulu telah berjaya diadakan di Surau Ar Rahman SMKAKK pada 9 Jan 2020.
Majlis telah dihadiri oleh wakil ASMAKK termasuk juga wakil SMAKK dan juga bekas guru Sir Abdul Wahab Ampuan Hamzah. Kehadiran beliau sekaligus menaikkan semangat semua untuk meneruskan pelbagai lagi aktiviti di masa hadapan.
16) Program Tazkirah Express ASMAKK
Program julung julung kali telah berjaya dilaksanakan oleh wakil Alumni ASMAKK, saudara Dzulfikar Othman (ASMAKK97) di hadapan 500 huffaz SMKAKK di Surau Ar Rahman SMKAKK.
Tazkirah pantas, padu dan tepat ini amat sesuai konsepnya untuk dunia masa kini yang perlukan kepantasan dalam penyampaian maklumat yang berkesan.
Pihak sekolah amat menyukai usaha ini dan mencadangkan alumni untuk mengumpulkan team yang boleh memberikan tazkirah ringkas selepas solat mengikut kemampuan dan tidak mengganggu jadual pembelajaran huffaz kita.
Para alumni yang berkemampuan bolehlah menghubungi ASMAKK untuk berunding mengenai sumbangan kepakaran yang boleh boleh di manfaatkan oleh huffaz kita. Termasuk motivasi, nasihat, tips dan lain lain.
HIGHLIGHTS ACTIVITY ASMAKK 2020
HIGHLIGHTS ACTIVITY ASMAKK 2021
HIGHLIGHTS ACTIVITY ASMAKK 2022
HIGHLIGHTS ACTIVITY ASMAKK 2023
Majlis Tertinggi penggal 2022-2024 dibentuk pada 28 Ogos 2022 dan belum memutuskan Rancangan Aktiviti ASMAKK sepanjang penggal Majlis Tertinggi semasa.