Bahagian Pengurusan Latihan adalah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan dasar latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Memastikan dasar latihan dipatuhi dan modul latihan ApM selaras di seluruh negara.
Menjadikan dasar latihan dan modul latihan ApM adalah yang terbaik
Menghasilkan pegawai dan anggota yang berkemahiran dan cekap dalam melaksanakan tugas menyelamat.
Memastikan latihan yang dijalankan menepati kehendak dan keadaan semasa.
Memastikan latihan yang dijalankan mematuhi kurikulum yang telah ditetapkan.
Melahirkan pegawai dan anggota yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk melaksanakan tugas menyelamat.
Merangka dan menyusun silibus program latihan untuk pasukan sokongan, angkatan dan pegawai tetap skim KP.
Menyelia dan mememantau perlaksanaan latihan.
Menetap dan menentukan dasar latihan.
Menyelidik dan membangunkan program latihan bersesuaian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Menilai dan melapor pencapaian latihan yang telah dijalankan.
Memastikan latihan yang dijalankan mempunyai tahap keselamatan yang ditetapkan.