Aliran peruntukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia diuruskan oleh Bahagian Kewangan, Perolehan dan Pembangunan. Bahagian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tugas-tugas berkaitan dengan kewangan, belanjawan, perolehan dan projek-projek pembangunan jabatan supaya ianya dapat diuruskan dengan lancer dan berkesan.
Objektif utama bahagian ini adalah mendapatkan peruntukan perbelanjaan di bawah Anggaran Belanja Mengurus(ABM) dan Belanja Pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang diperlukan oleh jabatan dan seterusnya .
mengagihkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengikut keperluan masing-masing, melaksanakan proses perolehan.
Jabatan dan memantau, menguruskan kewangan Jabatan dan Memandu perlaksanaan projek-projek Jabatan.
Untuk memastikan keberkesanan pengurusan dan kawalan kewangan jabatan, bahagian ini dibahagikan kepada 4 seksyen iaitu:
1. Seksyen Belanjawan
Mengurus dan menyedia cadangan bajet tahunan Jabatan bagi perbelanjaan Mengurus.
Menyedia agihan dan mengeluarkan waran peruntukan kepada semua pusat Tanggungjawab. (PTJ)
Memperoses permohonan peruntukan tambahan dari PTJ.
Menyediakan Permohonan Vireman kepada bahagian kewangan, KKDN.
Memproses Waran Perjalanan Udara/Darat Jabatan.
Memproses Permohonan Kakitangan Untuk skim pinjaman kerajaan bagi pembelian kenderaan dan computer.
Mengurus hal-hal pentadbiran bahagian.
2. Seksyen Akaun
Bertangungjawab memantau perbelanjaan Jabatan berdasarkan prosedur kewangan.
Memproses waran peruntukan Jabatan.
Menyelia dan mengawal Peruntukan semasa Jabatan dan PTJ dengan laporan penyata Perbelanjaan Mengurus Bulanan dan penyata Penyesuaian Bulanan.
Memproses pembayaran baucer bagi semua perbelanjaan Jabatan.
Mengurus pelarasan gaji / elaun memangku / tanggungkerja kakitangan.
Melaksanakan naziran dan penyemakan mengejut ke atas PTJ dan menyediakan jawapan bagi teguran audit.
Menyemak dan memproses permohonan pendahuluan diri, tuntutan perbelanjaan dan elaun lebih masa.
Memproses permohonan Panjar Wang Runcit.
Mengurus dan memastikankeberkesanan sisten eSPKB.
Urusetia bagi Mensyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
2. Seksyen Perolehan
Bertanggungjawab memantau perolehan Jabatan mengikut tatacara perolehan dan prosedur kewangan.
Memproses permohonan bekalan / Perkhidmatan Jabatan.
Memproses dan mengemaskini pendaftaran syarikat pembekal.
Mengurus dan memastikan keberkesanan system ePerolehan.
2. Seksyen Pembangunan
Bertanggungjawab memantau peruntukan Jabatan bagi Projek pembangunan.
Menyediakan laporan prestasi perlaksanaan projek pembangunan kepada Bahagian Kewangan KKDN.
Mengurus dan menyediakan perlaksanaan projek pembangunan Jabatan.
Mengurus perolehan tanah untuk pejabat-pejabat negeri, daerah dan pusat latihan Pertahanan Awammelalui permohonan pengambilan balik tanah, permohonan tanah dan pembelian tanah.
Mengurus hal-hal berkaitan pampas an dan premium tanah.
Mengurus, mengemaskini dan memastikan keberkesanan system pemantauan Projek ll.
Mengkaji dan membuat penilaian ke atas tuntutan bayaran oleh kontraktor atau pemaju projek.