Bahagian Pengurusan Bencana Operasi telah diwujudkan, bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan operasi menyelamat ketika berlakunya bencana sama ada bencana kecil mahupun besar. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan ” Rescue 999 ” seluruh Malaysia.
Menjadikan Bahagian Bencana Operasi sebagai bahagian utama yang menerajui pengurusan bencana dan operasi serta berperanan penting dalam melaksanakan “core business” Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Mewujudkan satu sistem pengurusan yang lebih efisien dalam menangani Hal Ehwal Pengurusan Bencana dan Operasi meliputi Pasukan PASPA, MERS 999, Pengurusan Operasi, Pengurusan Bencana, Pengurusan Paramedik, Penyelamat Pantai ( Baywatch), Khidmat Kemanusiaan, Sistem Amaran Bencana dan Pasukan Gerak Pantas 999 demi menjadikan memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.
Mengambil langkah-langkah proaktif dan melaksanakan perkhidmatan MERS 999 dengan cekap, sistematik dan berkesan.
Menguruskan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) yang terlatih, cekap dan berdisiplin.
Merancang, melaksanakan dan menyelaras aktiviti khidmat kemanusiaan untuk memantapkan perkhidmatan organisasi.
Menyelaras perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.
Bekerjasama dalam semua pihak di dalam melaksanakan tugas-tugas Pertahanan Awam.
Melaksanakan dan menyelaras Dasar Pertahanan Awam selaras dengan kehendak semasa.
Menguruskan, melengkapi dan melatih Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).
Melaksanakan Khidmat Kecemasan MERS 999 yang cekap, berkesan dan mesra rakyat melalui talian 999 di seluruh negara.
Mendidik dan melatih orang awam dengan ilmu pengetahuan Pertahanan Awam.
Menyelamat mangsa dan harta benda semasa sebelum, semasa dan selepas bencana.
Menyelaras Eksesais dan latihan bersama agensi-agensi luar.