SYARAT AM KEMASUKAN
Warganegara Malaysia
Memiliki SPM atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
SINOPSIS
Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
Pengendalian bengkel, pemeriksaan sistem kenderaan, penyelenggaraan sistem penyamanan udara kenderaan dan servis asas kenderaan.
Selenggara roda, selenggara sistem stereng, selenggara sistem gantungan dan selenggara sistem brek.
Rombak rawat sistem klac, rombak rawat transmisi manual, rombak rawat transmisi automatik dan rombak rawat unit pacuan akhir.
Analisa kerosakan enjin, penyelenggaraan sistem elektrik enjin, penyelenggaraan sistem pengurusan enjin dan merombak rawat enjin.
PROSPEK KERJA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menyelenggara kenderaan ringan untuk diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
Mekanik
Juruteknik servis kenderaan
Penasihat servis (Service Advisor)
Pengusaha bengkel servis
Pengusaha bengkel tayar
Pengusaha bengkel elektrik automotif
Pengusaha kedai aksesori automotif
Tempoh Pengajian 4 semester
Boleh klik link untuk galeri dan maklumat lanjut
http://bit.ly/SkrKKBDA (Link Untuk WhatsApp)