Apakah kursus yang ditawarkan di KKBDA dan KKCJ?
Kursus yang ditawarkan di KKBDA dan KKCJ ialah:
Diploma Teknologi Kenderaan Perdagangan (DCV)
Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian (SSK)
Sijil Teknologi Senibina (STS) di Kolej Komuniti Cawangan Jerlun
Apakah syarat kemasukan ke KKBDA dan KKCJ?
Syarat kemasukan ke KKBDA dan KKCJ adalah lulus SPM (BM Dan Sejarah) bagi Program SKR, STS dan SKE. Sementara bagi program SSK perlu lulus SPM (BM dan Sejarah dan lulus Matematik serta mendapat 1 kredit dalam mana-mana subjek lain)
Berapa lamakah pengajian sijil sepenuh masa di KKBDA dan KKCJ?
Pengajian sijil sepenuh masa di KKBDA dan KKCJ mengambil masa selama 2 tahun merangkumi 4 semester.
Adakah KKBDA menawarkan bantuan kewangan?
KKBDA dan KKCJ ada menawarkan bantuan kewangan bagi yang layak iaitu keluarga yang berpendapatan isi rumah RM4849 dan ke bawah. Sebanyak RM1800 akan dibayar untuk semester 1 dan untuk melayakan mendapat bantuan kewangan bagi semester seterusnya perlu mendapat CGPA 2.00 dan ke atas. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM5400 dengan 3 kali bayaran.
Adakah KKBDA dan KKCJ ada menyediakan tempat penginapan?
KKBDA dan KKCJ tidak menyediakan tempat penginapan atau tetapi calon boleh mendapatkan rumah sewa di kawasan sekitar dengan menghubungi tuan rumah melalui senarai penyewa yang disediakan oleh pihak KKBDA dan KKCJ.
Bagaimanakah kaedah pembelajaran di KKBDA dan KKCJ?
Kaedah pembelajaran di KKBDA dan KKCJ adalah berasaskan teori dan amali (hands-on).
Adakah calon berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya?
Ya, calon boleh melanjutkan pengajian ke Politeknik dan institusi pengajian yang lain.
Apakah prospek pekerjaan sekiranya calon menamatkan pengajian di KKBDA dan KKCJ?
Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR)
● Mekanik
● Juruteknik servis kenderaan
● Penasihat servis (Service Advisor)
● Pengusaha bengkel servis
● Pengusaha bengkel tayar
Sijil Teknologi Elektrik (SKE)
● Juruelektrik
● Juruteknik Elektrik
● Penolong Penyelia Elektrik
● Usahawan
Sijil Sistem Komputer Dan Rangkaian (SSK)
● Juruteknik Komputer
● Juruteknik Rangkaian Komputer
● Pembantu Teknikal
● Pembantu Khidmat Pelanggan (Help desk)
● Usahawan dalam bidang ICT
Sijil Teknologi Senibina (STS)
● Pelukis Pelan Senibina
● Pelukis Pelan Kejuruteraan
● Juruteknik Bangunan
● Pembuat Model Bangunan
● Penyelia Tapak Pembinaan
● BIM Modelller