Program ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali seperti berikut :
Amalan bengkel automotif asas teknologi automotif kenderaan perdagangan, pengurusan dan penyeliaan bengkel dan lukisan automotif.
Sistem penghantara penyamanan udara, sistem brek dan brek sokongan.
Sistem enjin, sistem pengurusan enjin, rombak rawat enjin dan tenaga alternatif.
Sistem elektrik, sistem stereng dan roda, s istem gantungan dan asas hidraulik dan pneumatik.
Servis berkala, selenggara sistem kenderaan perdagangan, pengendalian enjin dan transmisi, penasihat servis dan diagnosis sistem kenderaan perdagangan.
Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Automotif.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
Program Sijil Teknologi Elektrik adalah merupakan program yang digubal bagi memastikan pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik. Melalui program ini, pelajar bukan sahaja berpeluang mendapatkan pengetahuan teori tetapi juga latihan amali.
Terdapat 4 modul bagi program iaitu Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal, Pemasangan Elektrik Tiga Fasa, Pemasangan dan Kawalan Mesin Elektrik dan Pemasangan Elektrik Industri.
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian.
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:-
Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Menghasilkan lukisan persembahan senibina,
Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan.
Menghasilkan model 3D bangunan (BIM).