Jabatan Kejururawatan UKM merupakan entiti awal yang mencadangkan supaya menubuhkan satu persatuan bagi alumni kejururawatan UKM.
Proses untuk menubuhkan satu alumni kejururawatan menghadapi saat sukar bilamana ianya sering menemui jalan bantu semenjak dari idea awal penubuhannya.
Permulaan yang getir dilalui bagi penubuhan Persatuan Alumni Kejururawatan UKM (AKUKM) bilamana cabaran besar pada ketika itu adalah untuk mendapatkan individu yang boleh dilantik.
Usaha mencari akhirnya menemukan 10 individu graduan kejururawatan UKM yang akhirnya dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Penaja pada 3 Disember 2019 bagi melaksanakan misi penubuhan satu entiti alumni berdaftar.
Cita-cita tinggi yang digalas oleh AJK Penaja pada ketika itu, beberapa mesyuarat, perbincangan, pertanyaan dilakukan untuk mengerakkan segala proses menggubal perlembagaan pertubuhan.
Perit jerih yang diusahakan oleh mereka akhirnya membuahkan hasil walaupun dengan bilangan ahli hanya seramai 10 orang (yang merupakan AJK Penaja). Pada tanggal 11 Februari 2020, maka secara rasminya, tertubuhlah Persatuan Alumni Kejururawatan UKM (AKUKM) atau kini lebih dikenali sebagai AlumRa yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
AlumRa tidak dapat memanifestasikan sebarang aktiviti fizikal termasuk mesyuarat agung ekoran penularan wabak Covid-19 yang berlaku. Tanggal 17 Januari 2022, jawatankuasa sepakat untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan pertama secara atas talian dan pada ketika itu, masih kekal dengan 10 ahli yang asal ekoran tiada sebarang keahlian baru yang mendaftar.