Semua alumni kejururawatan adalah dijemput memperkasakan AlumRa UKM.
AlumRa tidak dicorak untuk menzahirkan perbezaan karier dan haluan para alumninya, bahkan lebih menghargai kepelbagaian yang hadir dalam persatuan ini.
Kepelbagaian yang terhasil dari usaha dan pilihan diri sendiri tidak meletakkan satu imej kegagalan pada alumninya. Akan tetapi, AlumRa percaya akan nilai insaniah yang wujud dalam setiap produk hasil dari Jabatan Kejururawatan bahawa anda adalah yang terhebat di lapangan anda.
Selaras dengan matlamat AlumRa, AlumRa mengalu-alukan sinergi ekosistem yang mapan antara alumni kejururawatan samada berkhidmat di klinikal, industri, kerajaan, swasta mahupun tidak lagi bekerja.
Kerana setiap dari anda, adalah kecermelangan yang anda tonjolkan dalam hala tuju masing-masing.