.: Pertemuan Fizikal Dua Hala :.
4 Dis 2024, Cheras - Pertemuan antara AlumRa UKM diwakili oleh Saudara Muhammad Muazzam Jamaluddin serta 2 wakil @persiapnursing , Saudara Azmi Juhari (NYDP II Kejururawatan) dan Saudara Zufar Hanafi (SUK NYDP II Kejururawatan) berlansung pada hari ini.
AlumRa mengambil inisiatif menyantuni PERSIAP Kejururawatan bagi menjalinkan kolaborasi dalam aktiviti masa muka. AlumRa juga mengambil cakna permasalahan yang sudah berlanjutan dihadapi oleh para pelajar khususnya yang berada di jabatan dan berhasrat untuk menyelesaikannya dalam bulan Disember 2024 ini juga.
AlumRa sepakat untuk bersama PERSIAP Kejururawatan dan para pelajar dalam mencari jalan penyelesaian bagi isu isu yang diutarakan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada PERSIAP Kejururawatan kerana sudi menerima pelawaan pertemuan bersama AlumRa UKM. - TAMAT
.Admin AlumRa UKM.
"Mencetus Perubahan, Merubah Masa Depan"
CHERAS - 19 hingga 23 Februari 2024 merupakan sesi peperiksaan semester bagi para pelajar Tahun 1 dan 4 Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan (Kepujian) UKM.
Sedikit nukilan mengimbau kenangan para alumni kejururawatan UKM berkaitan minggu peperiksaan:
.: Memori Seorang Alumni Kejururawatan :.
🌻Tipu jika bekas-bekas pelajar lupa memori sebegini
🌻Hari-hari yang paling kuat level "tawakkal" nya berbanding yang lain
🌻Ceruk mana pon asalkan berlantai, situ lah bersimpuh nya kita!
🌻Tepi lift, sebelah tong sampah, depan pintu dewan exam sekalipon, asalkan masih ada masa, "scan" sajalah note kita
🌻Sedar atau tidak, ini antara memori kita yang lalu.
🌻Doakan adik-adik kita pula cemerlang seperti kita! Kini, mereka dalam proses "mencanting" jalan hidup mereka ke tahap seterusnya
- TAMAT
CHERAS - Mesyuarat Agung DwiTahunan AlumRa yang berlansung pada 20 Januari 2024 di Jabatan Kejururawatan UKM, HCTM telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran seramai 20 orang. Terdapat beberapa muka baru dilantik untuk menerajui AlumRa untuk sesi seterusnya. Lebih unik lagi, jawatankuasa baru yang dilantik mempunyai barisan alumni yang terdiri daripada graduan 1996 (Batch Pertama) hingga graduan 2015.
Satu perkara menarik yang diutarakan oleh Pengerusi AlumRa yang baru dilantik sewaktu sesi ucapannya adalah AlumRa tidak akan amalkan konsep mempersoalkan bekas-bekas pelajar untuk sertai AlumRa. Ujarnya, "Selalu pemimpin kerap ucapkan, "Jangan tanya apa yang patut kami bagi pada kamu, bahkan kamulah yang patut memberi kepada kami". Kita (Jawatankuasa AlumRa) dalam kepimpinan kali ini, akan ubah mentaliti. Kita ada tugas iaitu dengan meletakkan AlumRa pada paras lebih cemerlang, hinggakan alumni yang masih belum sertai AlumRa akan bersama-sama kita tanpa perlu dipaksa. Dengan cara ini, ekosistem AlumRa akan lebih stabil dan berdaya maju"
Untuk makluman, Jawatankuasa AlumRa yang baru dilantik, akan berkhidmat untuk tempoh 2 tahun, bermula 2024 hingga 2026. - TAMAT