Kutipan Konvensional
Terimaan wang oleh UTM melalui kaedah kenvensional seperti pindahan bank (bank transfer), EFT, cek, deraf bank, deposit tunai/cek dan sebagainya
Terimaan wang oleh UTM melalui kaedah kenvensional seperti pindahan bank (bank transfer), EFT, cek, deraf bank, deposit tunai/cek dan sebagainya
Penting! Akaun bank ini hanya untuk terimaan wang bagi hasil umum (hasil bukan pelajar) sahaja.
Nama Akaun : Bendahari UTM
Nama Bank : CIMB
No. Akaun Bank : 8006053536
Kod Swift : CIBBMYKL
Hasil pelajar seperti yuran pengajian, yuran viva, yuran asrama hendaklah melalui portal MyUTM / UTMSmart Apps sahaja. Sila rujuk google site Seksyen Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.
Sumbangan/Derma/Tajaan hendaklah didepositkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam surat kelulusan permohonan mendapatkan sumbangan/derma/tajaan daripada Bahagian Pemajuan Universiti, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).
Dapatkan bukti pembayaran daripada Pelanggan PTJ.
Sila emailkan bukti bayaran kepada mymariam@utm.my (UTMJB/Pagoh) atau nurliana.kl@utm.my (UTM KL) untuk semakan dan pengesahan terimaan wang tersebut di akaun bank universiti.
Dalam emel yang sama seperti no 2. di atas, PTJ perlu melampirkan bukti pembayaran dan berikan maklumat di bawah untuk penyediaan Resit Rasmi UTM:
a) Nama Pelanggan
b) Alamat Pelanggan
c) Emel Pelanggan
d) Pusat Kos/Tabung/Chargeline
e) Tujuan Bayaran
Jika bayaran sah diterima, Unit Tunai akan majukan ke Unit Terimaan (UTKK) untuk penyediaan Resit Rasmi UTM.
Unit Terimaan (UTKK) akan menyediakan Resit Rasmi UTM dalam tempoh tiga (03) hari bekerja.
Unit Terimaan (UTKK) menghantar Resit Rasmi UTM kepada Pelanggan melalui e-mel yang didaftarkan (seperti perkara 3(c) di atas) dan PTJ turut disalinkan (cc). Sekiranya tiada alamat e-mel, Resit Rasmi UTM akan dihantar melalui pos.
PTJ memastikan Cek dan Bank Draf dibayar atas nama "Bendahari UTM" dan tarikhnya masih dalam tempoh sah laku (6 bulan).
PTJ menghubungi pembayar untuk memulangkan Cek atau Bank Draf yang telah tamat tempoh sah laku atau nama tidak tepat, dan meminta pembayar mengemukakan Cek atau Bank Draf yang baharu.
PTJ menghantar Cek atau Bank Draf tersebut ke Unit Terimaan (UTKK) bersama surat iringan mengandungi maklumat berikut:
Nama Pelanggan
Alamat Pelanggan
E-mel Pelanggan
Pusat Kos/Tabung/Chargeline
Tujuan Bayaran
Unit Terimaan (UTKK) akan menyediakan Resit Rasmi UTM setelah Cek atau Bank Draf berjaya ditunaikan dalam akaun bank universiti.
Unit Terimaan (UTKK) menghantar Resit Rasmi UTM kepada Pelanggan melalui e-mel yang didaftarkan (seperti perkara 3(c) di atas) dan PTJ turut disalinkan (cc). Sekiranya tiada alamat e-mel, Resit Rasmi UTM akan dihantar melalui pos.