Semua transaksi kutipan/terimaan hasil di UTM hanya menerima Ringgit Malaysia (RM) sahaja. Sekiranya Fakulti/PTJ menerima bayaran dalam mata wang asing, sila ke pengurup wang berdekatan untuk menukarkan mata wang tersebut ke RM dan depositkan ke akaun bank UTM. Sila rujuk SINI untuk tindakan seterusnya.
Sumbangan CRU kepada Universiti adalah bagi membantu menampung kos operasi keseluruhan Universiti.
Tambahan lagi semasa projek penjanaan pendapatan dilaksanakan, ada menggunakan fasiliti Universiti.
Projek penjanaan berjaya diperolehi kerana membawa nama UTM.
Peratusan sumbangan hanya sedikit berbanding keuntungan yang diperolehi.
Sila rujuk laman web Jab Bendahari untuk mendapatkan maklumat perhubungan Unit Akaun Amanah, unit yang menguruskan Cost Recovery University (CRU)
Memastikan Juruwang & Penyelia memperolehi Surat Kebenaran Melaksanakan Pungutan Wang (SKMPW) dari Jabatan Bendahari.
Bil Tuntutan yang telah disahkan & ditandatangani oleh Penyelia dimajukan ke Jabatan Bendahari untuk kelulusan dengan segera.
Kutip bayaran untuk Bil Tuntutan. Jangan biar Bil Tuntutan tertunggak untuk tempoh melebihi 90 hari.
Bukti bayaran Bil Tuntutan dimajukan terus ke UTKK.
Surat Peringatan disediakan dan dimajukan kepada Penghutang untuk menuntut bayaran.
Notis dipaparkan di kaunter/ruang kerja PTJ/Fakulti
Melaksanakan Audit Kendiri pengurusan kewangan di PTJ/Fakulti
Ya, informasi berkaitan portal UTM PayHub boleh diperolehi di SINI
Had minimum setiap transaksi bayaran menggunakan FPX ialah RM1.00
Kadar caj bank bagi pembayaran menggunakan kad kredit ialah secara purata antara 1%-2%. Kadar yang lebih tinggi dikenakan oleh pihak bank bergantung pada jenis kad kredit.
Tidak boleh. Hanya staf aktif UTM sahaja.
Pelanggan diminta untuk membuat bayaran melalui pindahan ke akaun bank UTM.
Tidak boleh. Sebarang pindaan maklumat bayaran selepas kelulusan, boleh diemelkan kepada admin PayHub di payhub-team@utm.my.
Resit Rasmi UTM mempunyai QR code di sebelah kanan & di atas. PTJ/Fakulti boleh scan QR tersebut untuk menyemak status bayaran yang direkodkan di Payment Gateway UTM. Lihat contoh.
E-mel kepada UTKK untuk semak status bayaran pelanggan sama ada telah selesai diakaunkan ke pusat kos/chargeline/tabung PTJ.
UTKK akan memberi maklum balas kepada PTJ dalam masa 1-2 hari bekerja.
Sekiranya telah diakaunkan, PTJ perlu menjana e-form di menu bayaran UTMFin dan mendapatkan/menyediakan dokumen sokongan bayaran daripada pelanggan. Sila rujuk laman web Jab Bendahari (bursary.utm.my) untuk mendapatkan maklumat perhubungan Unit Bayaran, bagi sebarang pertanyaan berkaitan urusan pembayaran.
PTJ hantar eform bayaran dan dokumen sokongan bayaran ke Unit Bayaran/Zon Kewangan, Jabatan Bendahari atau Pusat Pembayar PTJ (cth RMC, JTNC (P)).
Proses pemulangan bayaran adalah dalam masa 14 hari bekerja (9 hari di PTJ & 5 hari di Jabatan Bendahari) dengan syarat dokumen lengkap dan tepat. Untuk mengetahui status pemproses eform tersebut, PTJ boleh menyemak melalui menu UTMFin atau menghubungi Unit Bayaran Jabatan Bendahari. Sila rujuk laman web Jab Bendahari untuk mendapatkan maklumat perhubungan Unit Bayaran. (nota: tempoh 14 hari bekerja tidak termasuk tempoh proses di pihak bank)
Unit Tunai, Jabatan Bendahari akan merekodkan terimaan hasil ini ke lejar kewangan pusat kos/chargeline/tabung PTJ dalam tempoh 03 - 05 hari bekerja selepas tarikh bayaran dibuat (sekiranya tiada isu teknikal). Nombor rujukan di lejar kewangan akan menggunakan no. rujukan jernal (JJxxxxxxxxxx)
PTJ/Fakulti boleh menyemak/menjana laporan bayaran PayHub dengan memilih icon paper di column Action di bawah menu Payment > New Application. Dalam laporan ini, terdapat maklumat pembayaran (nama pembayar, tarikh bayaran, item bayaran, jumlah bayaran) begitu juga no. rujukan jernal UTMFin yang telah diakaunkan ke lejar kewangan Pusat Kos / Chargeline / Tabung PTJ.
Resit Rasmi PayHub akan dihantar melalui e-mel dalam masa 30 minit selepas pembayaran berjaya. Bagi Flywire, resit akan dikeluarkan setelah status pembayaran dikemaskini kepada "Delivered" (biasanya dalam tempoh 3 hari bekerja). Semak juga folder spam atau trash di emel anda. Jika masalah masih sama selepas tempoh di atas, sila isi borang aduan di menu “Contact Us” di portal PayHub atau e-mel ke payhub-team@utm.my
Bagi kes sebegini, sila maklum bahawa status pembayaran atau resit rasmi akan dikemaskini/diemelkan dalam tempoh 1 jam sehingga 2 hari bekerja. Jika masalah masih sama selepas tempoh di atas, e-mel Payhub-team@utm.my dengan tangkapan skrin (screenshot) tolakan wang dari akaun bank anda.
(i) Kosongkan cache di internet browser anda.
(ii) Pastikan sambungan internet yang stabil.
(iii) Pastikan baki akaun bank anda mencukupi.
(iv) Elakkan simbol (e.g / ' & - _ , ) atau white space dalam butiran Pelanggan/Peserta.
(v) Hanya gunakan Visa atau Mastercard untuk pembayaran kad kredit.
(v) Jika bayaran melalui PayHub QR, sila gunakan mobile QR scanner, bukannya banking apps's QR scanner.
Flywire ialah platform pembayaran global yang memudahkan transaksi rentas sempadan yang selamat dan berkesan untuk pendidikan. Ia menawarkan pilihan pembayaran setempat, kadar pertukaran matawang asing yang kompetitif, dan penjejakan masa nyata (real time payment tracking). Pelanggan antarabangsa boleh membayar dalam mata wang tempatan negara mereka, mengurangkan caj/komisen bank dan kelewatan pemprosesan berbanding Telegraphic Transfer (TT). Untuk maklumat lanjut, klik di SINI.
(i) Bayar menggunakan wang sendiri terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran balik daripada syarikat, ATAU
(ii) Syarikat membuat bayaran secara pindahan bank. Sila rujuk SINI
E-mel kedua-dua resit rasmi kepada Payhub-team@utm.my. Jika layak untuk pemulangan, UTM akan meminta butiran/dokumen yang diperlukan. Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja (tidak termasuk proses di bank) selepas menerima semua maklumat yang diperlukan.
E-mel kedua-dua resit rasmi kepada Payhub-team@utm.my. Jika layak untuk pemulangan, UTM akan meminta butiran/dokumen yang diperlukan. Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja (tidak termasuk proses di bank) selepas menerima semua maklumat yang diperlukan.
Emel aduan and ke Payhub-team@utm.my untuk memohon salinan Resit Rasmi.
Resit Rasmi PayHub tidak boleh dipinda mengikut polisi kewangan. Walau bagaimanapun, kami boleh mengesahkan pada resit asal bahawa pembayaran telah dibuat bagi pihak anda. E-melkan resit asal tersebut kepada Payhub-team@utm.my
Semua pembatalan Resit Rasmi perlu dimaklumkan ke UTKK untuk tindakan. Tiada Resit Rasmi boleh dibatallkan tanpa alasan yang kukuh.
Pemulangan deposit sewaan akan dipulangkan sekiranya tiada tunggakan di UTM. Surat Akuan Sumpah kerana kehilangan resit rasmi asal perlu dilengkapkan oleh peniaga dan disahkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Rujuk contoh Surat Akuan Sumpah.
Semua Juruwang & Penyelia yang diberikan kebenaran oleh Bendahari melalui Surat Kebenaran Melaksanakan Pungutan Wang (SKMPW), boleh menjalankan fungsi tuntutan hasil di UTM.
Sila rujuk SINI untuk carian dan permohonan SKMPW. SKMPW perlu disimpan dengan baik & teratur.
Ya. SKMPW bertempoh dan ianya mengikut Jabatan Juruwang/Penyelia bertugas. Juruwang/Penyelia perlu mendapatkan SKMPW yang baharu sekiranya berlaku pertukaran PTJ. SKMPW yang lama akan terbatal.
30 hari. Pengesah Bil perlu memastikan bayaran Bil Tuntutan dikutip dengan segera. Maklumat boleh diperolehi di SINI.
Tidk perlu. Hanya Pembekal UTM perlu mendaftar rekod di UTM.
Kertas A4 berwarna putih.
Cara bayaran Bil Tuntutan boleh ada dinyatakan di Bil Tuntutan atau boleh dirujuk di SINI. Jabatan Bendahari memohon Fakulti/PTJ mendapatkan bukti bayaran dari pelanggan dan dimajukan ke UTKK untuk penyediaan Resit Rasmi Bil.
Semua pembatalan Bil Tuntutan perlu dimaklumkan ke UTKK untuk tindakan. Tiada Bil Tuntutan boleh dibatallkan tanpa alasan yang kukuh.
Semakan status baki Bil Tuntutan & Penghutang boleh dibuat dengan merujuk kepada tutorial YouTube yang dinyatakan di SINI.
Bagi tuntutan bayaran Bil Tuntutan dari Penghutang, PTJ perlu menyediakan Surat Peringatan. Penjanaan Surat Peringatan boleh dibuat menggunakan pautan Fillable Document di SINI.
Fakulti/PTJ adalah pihak yang berurusan dengan Penghutang dalam menyampaikan perkhidmatan/bekalan. Oleh itu, Fakulti/PTJ merupakan pihak yang paling "rapat" dengan Penghutang.
Fakulti/PTJ perlu memastikan Bil Tuntutan dikutip untuk memastikan hasil diakaunkan ke Buku Vot berkaitan dan Fakulti/PTJ boleh berbelanja.
Tiada mana-mana PTJ/Fakulti boleh melaksanakan pengumpulan dana (sumbangan/derma/penajaan) dari pihak dalam dan luar UTM (individu/syarikat/agensi) TANPA KEBENARAN Pihak Berkuasa Universiti.
Ini adalah untuk mengelakkan sebarang pengumpulan dana tanpa pengetahuan Pihak Berkuasa UTM yang berpotensi mencalarkan nama baik UTM. Dalam masa yang sama, agensi Kerajaan tidak boleh sesuka hati mendapatkan sumbangan/derma/tajaan dari pihak luar.
Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 menyatakan yang pelepasan cukai ke atas pendapatan agregat hanya untuk derma tunai ke institusi yang diluluskan i.e. UTM.
Derma tunai merujuk kepada sumbangan ke UTM TANPA SEBARANG MANFAAT LAIN kepada penderma. Oleh itu, sebarang bentuk manfaat kepada penyumbang berupa iklan, meja makan malam, dll kepada penyumbang adalah tidak tertakluk kepada pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44(6) ini.
PTJ tidak boleh menjanjikan Resit Rasmi dengan pernyataan Pelepasan Cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada penyumbang/bakal penyumbang sekiranya terdapat manfaat lain diberikan kepada penyumbang.
Akhir kata, PENAJAAN TIDAK LAYAK MENDAPAT LAYANAN PELEPASAN CUKAI DI BAWAH SUBSEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.
Untuk makluman, pelepasan cukai yang diberikan kepada penderma (semasa pengiraan pendapatan agregat), merupakan satu bentuk manfaat kepada penderma. Mengapa? Pelepasan cukai ini merupakan kerugian kepada Kerajaan, iaitu, hasil cukai yang tidak dikenakan kepada penderma.
Oleh itu, PTJ perlu memastikan peraturan dipatuhi agar tidak berlaku teguran ke UTM oleh pihak LHDNM.