Kami merupakan sebahagian daripada pasukan Jabatan Bendahari UTM yang menguruskan proses pembayaran di UTM. Pihak kami bertanggungjawab meluluskan baucer bayaran, bayaran melalui pindahan jernal, bayaran telegraphic transfer, pendahuluan perjalanan, pendahuluan pelbagai, pembayaran rekrupment panjar wang runcit, dan lain lain bayaran. Pihak kami juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semakan Jawatankuasa AP 59 Jabatan Bendahari UTM sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.
Unit Bayaran berada di Zon Alwiah, Jabatan Bendahari ,Aras 2, Bangunan Canselori , Universiti Teknologi Malaysia.