Arahan Perbendaharaan merupakan dokumen rujukan yang dirujuk oleh Universiti Teknologi Malaysia bagi menguruskan pengurusan kewangan Universiti. Arahan Perbendaharaan merupakan peraturan utama berkaitan tata kelola pengurusan kewangan Kerajaan yang meliputi aspek pengurusan belanjawan, hasil, perbelanjaan, perolehan, aset awam dan perakaunan sektor awam.
Arahan Perbendaharaan yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1966 dalam versi Bahasa Inggeris. Beberapa semakan dan penambahbaikan telah dibuat pada tahun 1970, 1997 dan 2008. Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) ini dikeluarkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan bertarikh 31 Julai 2008.
Semakan semula Arahan Perbendaharaan ini telah dibuat secara kolektif melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan tata kelola dan pelaksanaan pengurusan kewangan Kerajaan adalah teratur dan lancar seiring dengan keperluan dasar pendigitalan sektor awam, penetapan akauntabiliti pegawai awam yang jelas dan perkembangan semasa sistem perakaunan. Arahan Perbendaharaan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia dari semasa ke semasa.
Untuk bacaan secara atas talian Arahan Perbendaharaan disini
Untuk dapatkan dokumen Arahan Perbendaharaan boleh download disini