TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN


Tujuan pewujudan jawatan menerangkan keperluan/justifikasi sesuatu jawatan secara umum dalam satu kenyataan merangkumi keseluruhan akauntabiliti. Tujuan pewujudan jawatan juga boleh dikenal pasti dengan merujuk kepada carta organisasi dan carta fungsi sesebuah agensi.

Deskripsi Tugas terdiri daripada tiga (3) frasa iaitu:

1. Kata Kerja: Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Bagi tujuan penyediaan Deskripsi Tugas, kata kerja boleh menentukan kompleksiti tugas bagi sesuatu gred jawatan. Seorang penyelia tidak seharusnya mempunyai kata kerja yang sama dengan pegawai di bawah seliaannya kerana kompleksiti tugas penyelia lebih tinggi daripada pegawai di bawah seliaannya. Cadangan Senarai Kata Kerja adalah seperti dalam Jadual 1.

2. Objek: merupakan rangkaian perkataan selepas kata kerja yang merujuk kepada siapa atau apa. Bagi tujuan penyediaan Deskripsi Tugas, objek menerangkan produk/ perkhidmatan/ tujuan sesuatu fungsi bagi jawatan berkenaan.

3. Keluaran atau Hasil (Output atau Outcome): merujuk kepada jangkaan penghasilan yang perlu dicapai dalam melaksanakan sesuatu tugas bagi jawatan.