Kumpulan penyelidikan BIM (BIMRG) telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai penyedia “Program Pentauliahan Profesional dalam Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM)” yang melibatkan tenaga pengajar politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Program ini dijalankan selama 95 hari dari 27 November 2023 sehingga 28 Februari 2024 dan dalam tempoh ini, para peserta akan menggunakan Makmal Komputer Ukur Bahan (MKUB) selama 35 hari. Pemilihan lokasi ini dibuat oleh kerana pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah mensyaratkan supaya latihan hanya boleh dibuat di kemudahan perkomputeran yang telah diaudit oleh pihak CIDB sahaja.
Kursus Baseline Competencies for Differentiated Career Pathway (BC4DCP) adalah kursus wajib bagi staf akademik baharu. Kursus ini adalah kursus pengesahan jawatan untuk staf akademik. Objektif kursus adalah untuk mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam memberi fokus kepada peningkatan kemahiran serta pengkhususan dalam menyumbang kepada bidang tertentu.
Punca kuasa kursus;
Pekeliling Pentadbiran Bil. 43/2009: Pelaksanaan Kursus Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi (SPPT) yang berkuatkuasa 1 Nov. 2009.
Pekeliling Pentadbiran Bil. 36/2018: Pelaksanaan Kursus BC4DCP yang menggantikan SPPT yang berkuatkuasa 1 Julai 2018.
Program ini berlangsung pada 7 - 9 Ogos 2023
Program ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur bagi pelajar tahun akhir untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan perisian Cubicost yang dikendalikan oleh Pn. Junaida Fatini dari Glodon Malaysia.
Program ini berlangsung pada 20 Jun 2023
Jabatan Ukur Bahan telah menjemput wakil Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) sebagai penceramah bagi menyampaikan taklimat bagi Pendaftaran Juruukur Bahan Provisional (PVQS). Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Ukur Bahan
Program ini berlangsung pada 15 Jun 2023
Bengkel ini diadakan untuk memperkenalkan perisian Cubicost dan menyediakan pengetahuan asas tentang operasi perisian dan teknik pemodelan dengan Cubicost C-IV kepada pelajar Ukur Bahan.
Program ini berlangsung pada 22 Mac 2023