Makmal Komputer Ukur Bahan(MKUB) merupakan makmal berkomputer fakulti yang bernaung di bawah Jabatan Ukur Bahan berada di Aras 2, Blok B11, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). MKUB ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran kepada para pelajar di fakulti, khususnya pelajar dari Jabatan Ukur Bahan. Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan pengajaran, seperti komputer, LCD projektor dan kemudahan bantuan pengajaran yang lain serta perisian-perisian yang berkaitan dengan penggunaan Computer-Aided Design (CAD) dan Building Information Modelling (BIM) yang terkini demi meningkatkan kualiti kerja rekabentuk pelajar Ukur Bahan. Perisian ini adalah selaras dengan perkembangan pesat IT di dalam bidang Ukur Bahan. Di antara perisian-perisian yang terdapat di MKUB adalah seperti Microsoft Project, SPSS, AutoCad, Revit, Naviswork, iTWO costX dan Glodon Cubicost(TAS,TBQ & TRB).
Penggunaan makmal ini adalah secara gunasama di antara pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (SBEQH) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan (SBECH) juga daripada sewaan penggunaan bagi latihan dan bengkel oleh pihak fakulti dan pihak luar termasuk program Diploma Ukur Bahan SPACE.
Selain daripada itu MKUB juga kerap menerima permintaan penyewaan ruang makmal bagi beberapa tujuan seperti kursus, bengkel dan latihan daripada pelbagai pihak samada dari dalam dan luar UTM .