Rawatan Ubatan Kanser
Rawatan Ubatan Kanser
Pakar psikologi klinikal membantu menilai gangguan psikologi dan memberi rawatan kepada pesakit dan juga ahli keluarganya;
Pekerja sosial memberi kaunseling, menyelaras jagaan dan perkhidmatan di rumah, mendapatkan bekalan dan peralatan perubatan;
Pakar rekreasi membantu mengukuhkan kemahiran peribadi, mengurangkan kemurungan dan kegelisahan melalui senaman, relaksasi, seni dan musik;
Pembedahan merupakan satu prosedur yang dilakukan untuk membuang sel kanser daripada tubuh badan pesakit. Pesakit mungkin perlukan pembedahan sebagai salah satu langkah untuk mencegah kanser daripada merebak. Selalunya, pembedahan akan dilakukan secara kombinasi dengan rawatan yang lain seperti kemoterapi dan terapi radiasi. Pembedahan juga akan dilakukan mengikut keperluan pesakit. Doktor akan mengambil kira jenis kanser, tahap dan juga kesihatan pesakit sebelum melakukan pembedahan. Salah satu jenis kanser yang mungkin memerlukan pembedahan sebagai rawatan ialah kanser payudara. Doktor mungkin akan melakukan pembedahan ke atas pesakit jika kanser tersebut masih bersaiz kecil dan berada di lokasi yang sesuai untuk dibedah.
Terapi radiasi (atau terapi radio) merupakan sejenis rawatan yang menggunakan radiasi untuk membunuh sel kanser dan mengecilkan saiz tumor.
Jangka masa terapi radiasi mungkin memakan masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum kesannya dapat dirasai oleh pesakit.
Proses kemoterapi merupakan sejenis rawatan yang menggunakan ubat-ubatan tertentu untuk membunuh sel kanser.
Rawatan dan proses kemoterapi boleh membunuh sel kanser dan memperlahankan pertumbuhan kanser tersebut. Tetapi, pada masa yang sama, rawatan kemoterapi turut membunuh sel yang sihat.
Pesakit yang menerima proses kemoterapi mungkin akan mengalami beberapa kesan sampingan yang tidak diingini. Proses kemoterapi akan buatkan pesakit rasa penat, mengalami rambut gugur dan juga kerap rasa mual.
Terapi imun merupakan sejenis rawatan yang membantu sistem imun badan untuk melawan kanser. Terapi imun merupakan sejenis terapi biologikal yang menggunakan bahan yang hidup untuk merawat kanser.
Terapi imun boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis kanser. Namun, rawatan ini masih belum digunakan secara meluas seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.
Terapi hormon selalunya digunakan untuk merawat kanser yang memerlukan hormon untuk membesar seperti kanser prostat dan kanser payudara. Sama seperti rawatan lain, terapi hormon bertujuan untuk merawat kanser dan mengurangkan simptom yang dialami pesakit