Tabung Amanah Program Hospital Mesra Ibadah dan Wakaf HSAAS UPM
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bertanggungjawab menguruskan Tabung Amanah Hospital Mesra Ibadah dan Wakaf HSAAS UPM sebagai salah satu inisiatif memperkukuh perkhidmatan hospital yang berteraskan nilai-nilai Islam. Pengurusan tabung ini dilaksanakan secara telus, berintegriti dan amanah bagi memastikan setiap sumbangan dan wakaf dimanfaatkan secara optimum demi kebajikan pesakit, waris, warga hospital serta masyarakat.
Melalui pengurusan tabung ini, pelbagai program Hospital Mesra Ibadah, aktiviti kerohanian, kebajikan pesakit, pendidikan kesihatan serta pembangunan fasiliti dan kemudahan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Unit Hal Ehwal Islam sentiasa komited memastikan sumbangan yang diterima menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat yang menyeluruh kepada penerima, selaras dengan aspirasi HSAAS UPM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang holistik, berkualiti dan berlandaskan prinsip Maqasid Syariah.