Pengenalan
Troli Ibadah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) merupakan kemudahan sokongan ibadah yang disediakan bagi membantu memenuhi keperluan rohani pesakit sepanjang berada di hospital. Troli ini dilengkapi dengan keperluan asas ibadah seperti al-Quran, panduan solat, telekung, sejadah, pakaian solat serta bahan-bahan sokongan lain.
Kemudahan ini merupakan salah satu usaha Unit Hal Ehwal Islam HSAAS dalam memperkukuh konsep Hospital Mesra Ibadah, di samping memastikan pesakit dapat melaksanakan ibadah dengan lebih mudah, selesa dan teratur walaupun dalam keadaan menerima rawatan.
Pengenalan
Laman Informasi Unit Hal Ehwal Islam / Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan platform sehenti yang menyediakan maklumat terkini berkaitan aktiviti, perkhidmatan dan inisiatif kerohanian di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia. Melalui laman ini, warga FPSK dan HSAAS boleh mengakses hebahan program, latihan HMI, laporan Tabung Amanah, Dana Wakaf HSAAS, penerbitan serta pelbagai informasi dengan mudah dan pantas hanya melalui imbasan kod QR.
Pengenalan
Bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan para jemaah, Musolla Ibnu Sina, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia menyediakan kemudahan kerusi roda yang ditempatkan di bahagian lelaki dan perempuan. Penyediaan kemudahan ini bertujuan membantu jemaah yang mempunyai masalah pergerakan, warga emas, pesakit serta individu yang memerlukan sokongan mobiliti untuk hadir dan menunaikan ibadah dengan lebih mudah.
Kerusi roda ini merupakan hak milik Musolla Ibnu Sina dan disediakan khusus untuk kegunaan di dalam kawasan musolla sahaja. Pengguna diharap dapat menggunakan kemudahan ini dengan penuh tanggungjawab serta menjaga kebersihan dan keadaan kerusi roda agar ia sentiasa berada dalam keadaan baik untuk dimanfaatkan oleh semua yang memerlukan.
Pengenalan
Program Infak Makanan merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi menyediakan ruang khas kepada orang ramai untuk menyumbangkan makanan kepada jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan memupuk budaya bersedekah, mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga hospital dan masyarakat, serta memudahkan penyampaian sumbangan makanan secara lebih tersusun dan selamat.
Melalui penyediaan Meja Infak Makanan, penyumbang boleh menghulurkan makanan yang bersih, halal dan dibungkus dengan sesuai untuk dinikmati oleh jemaah selepas menunaikan solat Jumaat. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi platform yang menggalakkan amalan kebajikan dan berkongsi rezeki secara berterusan.