Sediakan VIDEO dengan durasi 1-minit mengenai topik "MY STRENGTHS RELEVANT TO THE DIETETIC PROFESSION" dalam Bahasa Inggeris. Format penyampaian video ini adalah bebas dan anda digalakkan menggunakan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan isi kandungan topik ini dan wajah anda perlu tampil di sepanjang video tersebut. Had toleransi tempoh durasi video ialah +/- 10 saat sahaja.
BAGAIMANA ANDA DINILAI?
Calon akan dinilai dalam aspek berikut:
Ketepatan Kandungan
Keaslian (idea kreatif dan bernas tanpa unsur ciplak)
Penguasaan bahasa yang baik (Bahasa Inggeris)
Videografi dan estetika (Cth: kualiti video, kejelasan suara, penampilan)
APAKAH SPESIFIKASI VIDEO?
Berikut merupakan kriteria dan spesifikasi video tersebut:
Video mestilah disediakan di dalam BAHASA INGGERIS sahaja
Video yang disediakan mestilah TIDAK melebihi 1 minit.
Muka calon mesti kelihatan tampil sepanjang video.
Pastikan menggunakan suara asli, bukan suara AI atau latar automatik.
Pakaian kemas dan sopan (formal).
Latar belakang dan pencahayaan yang sesuai.
Saiz video tersebut tidak boleh melebihi 50MB. Anda perlu 'compress' fail video tersebut untuk memastikan saiz untuk dimuat naik tidak melebihi 50MB.
Format yang diterima adalah dalam bentuk .mp4 dan .avi sahaja.
Video tersebut perlu dinamakan menggunakan format berikut:
"initialsDOB"
Contoh: Calon Ali Zakwan Bin Abdullah Sani, tarikh lahir beliau adalah pada 9 Januari 2002. Jadi, fail video beliau perlu dinamakan seperti berikut: AZAS090102
SELESAI TUGASAN?
Tahniah! Langkah seterusnya adalah untuk anda memuat naik video berkenaan menggunakan borang dibawah, untuk dinilai oleh panel penilai.