Untuk memastikan proses temuduga berjalan dengan lancar, calon dikehendaki membawa sijil-sijil asal berkaitan semasa menghadiri temuduga:-
a) Sijil beranak/kad pengenalan/sijil kerakyatan;
b) Sijil-sijil persekolahan (SPM/STPM), Diploma/Setaraf, MUET, Sijil-sijil Muzik dan Sijil-sijil Kokurikulum;
c) Transkrip/keputusan peperiksaan dan lain-lain keterangan (jika ada)
Calon dikehendaki menepati masa yang ditetapkan dan bersedia 10 minit sebelum sesi temu duga bermula dan perlu memastikan untuk menjaga etika pemakaian semasa temuduga. Pakaian perlulah kemas dan tampak profesional.