TUGASAN #1: Anda dikehendaki untuk menghantar Borang Maklumat Peribadi seperti di bawah. Maklumat peribadi yang anda masukkan hanya digunakan untuk tujuan temuduga ini sahaja yang mana ianya akan membantu panel penemuduga mengenali diri anda sebelum temuduga dijalankan.
Untuk menyelesaikan Tugasan #1, anda memerlukan dokumen-dokumen berikut:
(A) Sijil SPM atau Slip Keputusan SPM
(B) Sijil Matrikulasi atau Slip Keputusan Peperiksaan Matrikulasi
ATAU Sijil STPM/Slip Keputusan STPM atau slip keputusan ASASI
(C) Sijil MUET atau Slip Keputusan Peperiksaan MUET
(D) Surat Tawaran Temuduga ke Program Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian (UPM)
(E) TIGA (3) sijil kokurikulum terbaik dalam tempoh 5 tahun terkini
(F) Gambar terkini berukuran passport.
Kesemua dokumen berkenaan perlu disatukan (compress) sebagai SATU fail dalam bentuk ".zip" atau ".rar" sahaja. Jika anda mengalami kesukaran dan memerlukan tutorial - sila klik DI SINI.
Fail tersebut perlu dinamakan menggunakan format berikut: "initialsDOB"
Contoh: Calon Ali Zakwan Bin Abdullah Sani, tarikh lahir beliau adalah pada 9 Januari 2002. Jadi, fail dokumen beliau perlu dinamakan seperti berikut: AZAS090102
Setelah selesai - sila muatnaik dokumen tersebut DISINI: