PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP29

JAWATAN

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Penolong Pegawai Keselamatan

KP29

RM1,493.00

RM5,696.00

RM145.00 

SYARAT LANTIKAN:

 

1.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a)    warganegara Malaysia;


(b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


(c)    (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau


  (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau


(iii)   Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf    

        dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00); atau


(iv)    Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).



(d)   dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:


  (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;


(ii)   berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;


(iii)  mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;


(iv)   mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki   

 sahaja);


(v)  lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;


(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan


              (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(ii) dan 1c(iv) hendaklah memiliki Kepujian 

 (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional   Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.