PEMANDU KENDERAAN

PEMANDU KENDERAAN GRED H11

JAWATAN

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Pemandu Kenderaan

H11

RM1,218.00

RM2,939.00

RM80.00 

SYARAT LANTIKAN:

 

1.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a)    warganegara Malaysia;


(b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


(c)    (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

 

       (ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan


      (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:


Lesen D : RM1,264.15

Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30

Lesen F/H : RM1,356.45

Lesen G/I : RM1,402.60



2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) hendaklah memiliki Kepujian  sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.