PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

JAWATAN

GRED

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Pegawai Teknologi Maklumat

F41

RM2,315.00


RM9,618.00 

RM225.00 

SYARAT LANTIKAN:

 

1.    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a)    warganegara Malaysia;


(b)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


(c)    (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer 

              atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau 

              kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

              (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,315.00); atau

 

     (ii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang 

              berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang 

              diiktiraf setaraf dengannya. 

              (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM2,833.78); atau


      (iii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer  

              atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau 

              kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

              (Gaji permulaan ialah pada Gred F41: RM3,145.11).


2. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) 

        dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan 

        yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.