Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2019

Universiti Malaya

حفل اليوم العالمي للغة العربية عام 2019 م

جامعة ملايا

Pengenalan المقدمة

Hari Bahasa Arab Sedunia disambut setiap tahun pada tarikh 18 Disember sepertimana yang ditetapkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Program ini merupakan kali pertama bagi Universiti Malaya untuk menganjurkan sambutan ini. Sejak tahun 2016, beberapa institusi pengajian tinggi telah menganjurkan sambutan yang sama, antaranya Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Universiti Malaya juga perlu turut serta dalam penganjuran sambutan ini bagi membuktikan kebersamaan ke arah memartabatkan Bahasa Arab khususnya pada aspek pengajaran dan pembelajaran. Program Pendidikan Islam di Akademi Pengajian Islam mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur sambutan ini memandangkan keterlibatan Program Pendidikan Islam juga dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Universiti Malaya.

Program ini diadakan untuk menyambut Hari Bahasa Arab Sedunia yang berlaku pada 18 Disember setiap tahun. Ia juga menjadi bukti kebersamaan Akademi Pengajian Islam dalam mengangkat martabat serta memperkasa kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ini merupakan kali pertama bagi Universiti Malaya untuk menganjurkan sambutan ini.

Program ini mampu memberi impak yang tinggi khususnya terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, malah inovasi yang dipamer dan dipertandingkan boleh dipertimbangkan untuk dikembangkan oleh pihak-pihak berkaitan di Universiti Malaya. Selain itu, program ini juga dijangka dapat menjana dana yang dapat membantu khususnya perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Universiti Malaya.

يقام حفل اليوم العالمي للغة العربية في 18 ديسمبر سنويا كما قررت به منظمة الأمم المتحدة للتربية والعلم والثقافة. وستحتفل جامعة ملايا بهذا البرنامج للمرة الأولى. لقد قام بتنظيمه عدة مؤسسات ماليزية تعليمية عالية منذ 2016 م، ومن بينها كلية الجامعة العالمية الإسلامية بسلانجور (KUIS)، والجامعة الوطنية بماليزيا (UKM)، وجامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM). ونحن نثمن أن تشارك جامعة ملايا بهذا البرنامج إثباتًا لحرص وتفاعل الجامعة في تعزيز اللغة العربية، ولا سيما من ناحيتي التعليم والتعلم. وينظم قسم التربية الإسلامية بأكاديمية الدراسات الإسلامية هذا البرنامج نظرًا إلى علاقته بتعليم اللغة العربية وتعلمها في جامعة ملايا

فإنه دليل على حرص وتفاعل أكاديمية الدراسات الإسلامية في تكريم اللغة العربية وتعزيز مرتبتها بوصفها لغة العلم، وخاصة لدى الجمهور الماليزيين. وهذا البرنامج سيؤثر في تعليم اللغة العربية وتعلمها تأثيرًا إيجابيا مهما، وكذلك إمكانية تطوير الابتكارات المعروضة والمسابقات من قبل الجهات المعنية في جامعة ملايا. وبالإضافة إلى ذلك، من المتوقع أن يجمع البرنامج أموالًا تفيد على وجه الخصوص تطوير تعليم اللغة العربية وتعلمها في جامعة ملايا

Tujuan الأهداف

  1. Mengemukakan perkongsian dan perbincangan berkenaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
  2. Memperkenalkan inovasi yang telah dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.
  3. Menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengembangkan kemampuan berbahasa Arab melalui pertandingan dalam Bahasa Arab.
  4. Menyediakan ruang kepada usahawan untuk menjual produk yang berkaitan dengan Bahasa Arab.

إتاحة المشاركة والمناقشة فيما يتعلق بتعليم اللغة العربية وتعلمها

إتاحة تقديم الابتكارات المنتجة في مجال تعليم اللغة العربية وتعلمها

إتاحة الفرص للطلاب تطويرا لمهارات اللغة العربية لديهم من خلال المسابقات باللغة العربية

إتاحة الفرص لرجال الأعمال لبيع المنتجات ذات الصلة باللغة العربية

Tema الموضوع

Penguasaan Bahasa Arab dalam Era Revolusi Industri 4.0

إتقان اللغة العربية في عصر الثورة الصناعية 4.0

Tarikh, Hari dan Tempat التاريخ واليوم والمكان

17 dan 18 Disember 2019

Selasa dan Rabu

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

17 - 18 ديسمبر 2019 م

الثلاثاء - الأربعاء

أكاديمية الدراسات الإسلامية بجامعة ملايا

Penganjur جهة التنظيم

Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Dengan Kerjasama

ISESCO Malaysia

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Persatuan Bahasa Arab Malaysia

ينظمه قسم التربية الإسلامية بأكاديمية الدراسات الإسلامية بجامعة ملايا

بالتعاون مع إيسيسكو ماليزيا وقسم التربية الإسلامية بوزارة التعليم بماليزيا وجمعية اللغة العربية بماليزيا