Pertandingan Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2019

مسابقة الابتكار والإبداع في تعليم اللغة العربية وتعلمها عام 2019 م

Pelawaan Penyertaan

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Pertandingan Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2019, adalah dipelawa untuk menghantar abstrak (tidak lebih 300 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris ke alamat emel: wald@um.edu.my

Tarikh Penting

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 20 November 2019

Yuran

Yuran bagi setiap penyertaan ialah:

  • Peserta Tempatan: RM150
  • Peserta Antarabangsa: USD100

* Perhatian:

  • Setiap penyertaan akan diberikan dengan sijil penyertaan (tajuk pembentangan dan nama peserta sahaja)
  • Setiap pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Tiada pengangkutan, penginapan dan makan minum yang disediakan untuk para peserta sepanjang hari Pertandingan berlangsung. Untuk makan minum, para peserta boleh mendapatkannya daripada kafe atau gerai jualan yang dibuka semasa hari Pertandingan.

Penghakiman dan Hadiah

Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang dilantik dan seterusnya dipilih 3 pemenang bagi kedudukan tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga. Setiap pemenang akan menerima hadiah, trofi dan sijil penyertaan.