Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab 2019

مسابقة تصميم الفيديو القصير باللغة العربية عام 2019 م

Pelawaan Penyertaan

Pelajar tempatan peringkat ijazah pertama institusi pengajian tinggi di Malaysia adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Video Pendek Bahasa Arab 2019.

Yuran

  • Yuran bagi setiap penyertaan ialah RM60. Setiap pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Setiap penyertaan akan diberikan dengan sijil penyertaan.

Syarat-syarat Video

Kriteria video pendek yang diperakukan untuk menyertai pertandingan:

    • Tema: Kepentingan Menguasai Bahasa Arab
    • Tempoh: 7 hingga 10 minit
    • Medium: Bahasa Arab sepenuhnya pada tulisan dan pertuturan yang digunakan
    • Syarat Lain:
      • Perlu dikaitkan dengan Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia di Universiti Malaya pada 17 dan 18 Disember 2019
      • Perlu ada elemen pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Tarikh Penting

Untuk menyertai, sila buat pembayaran yuran dan hantarkan link Google Drive video ke emel: wald@um.edu.my sebelum atau pada 20 November 2019. Video yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangakan untuk penghakiman pertandingan.

Penghakiman dan Hadiah

Setiap penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang dilantik dan seterusnya dipilih 3 pemenang bagi kedudukan tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga. Setiap pemenang akan menerima hadiah, trofi dan sijil penyertaan.