Seminar Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2019

المؤتمر العالمي لتعليم اللغة العربية وتعلمها عام 2019 م

Panggilan Abstrak

Sesiapa yang berminat untuk membuat pembentangan dalam Seminar Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2019, adalah dengan hormatnya dipohon menghantar abstrak (tidak lebih 300 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris ke alamat emel: wald@um.edu.my

Para peserta yang akan membentang di dalam Seminar tidak diwajibkan menghantar kertas kerja penuh (full paper). Namun, mana-mana peserta yang menghantar kertas kerja penuh sebelum atau pada 10 November 2019 boleh dipertimbangkan untuk penerbitan dalam kategori-kategori di bawah, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

Kategori Penerbitan

Penerbitan dalam Al-Tamaddun Journal (SCOPUS-Indexed):

  • Tertakluk kepada proses penilaian dan penerimaan daripada pihak Jurnal serta persetujuan dan pembetulan daripada pihak penulis. Sekiranya tidak diterima, kertas kerja terbabit akan dibawa untuk pertimbangan Journal of Islamic Educational Research (JIER) (APIUM Refereed Journal).
  • Sekiranya diterima untuk penerbitan oleh pihak Jurnal, pembayaran yuran penerbitan sebanyak RM600 atau USD400 perlu dibuat sebelum tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Jurnal.
  • Proses penilaian oleh pihak Jurnal berkemungkinan mengambil masa sehingga 6 bulan.

Penerbitan dalam Journal of Islamic Educational Research (JIER) (APIUM Refereed Journal):

  • Tertakluk kepada proses penilaian dan penerimaan daripada pihak Jurnal serta persetujuan dan pembetulan daripada pihak penulis. Sekiranya tidak diterima, kertas terbabit akan dibawa untuk pertimbangan penerbitan sebagai Bab dalam Buku.
  • Sekiranya diterima untuk penerbitan oleh pihak Jurnal, pembayaran yuran penerbitan sebanyak RM300 atau USD200 perlu dibuat sebelum tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Jurnal.
  • Proses penilaian oleh pihak Jurnal berkemungkinan mengambil masa sehingga 6 bulan.

Penerbitan sebagai Bab dalam Buku:

  • Tertakluk kepada proses penilaian dan penerimaan daripada pihak Buku serta persetujuan dan pembetulan daripada pihak penulis. Sekiranya tidak diterima, kertas kerja terbabit tidak akan dipertimbangkan untuk sebarang penerbitan.
  • Sekiranya diterima untuk penerbitan oleh pihak Buku, pembayaran yuran penerbitan sebanyak RM150 atau USD100 perlu dibuat sebelum tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Buku.
  • Proses penilaian oleh pihak Buku berkemungkinan mengambil masa sehingga 2 bulan.

Tarikh Penting

Tarikh akhir penghantaran abstrak: 20 November 2019

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja penuh (untuk tujuan penerbitan): 10 November 2019

Yuran

Yuran bagi setiap penyertaan ialah:

  • Peserta Tempatan: RM60
  • Peserta Antarabangsa: USD40

Peserta Biasa

Untuk menyertai sebagai peserta biasa tanpa pembentangan, tiada bayaran yang akan dikenakan. Namun bayaran sebanyak RM30 (peserta tempatan) atau USD20 (peserta luar negara) akan dikenakan sekiranya peserta ingin mendapatkan sijil penyertaan.


* PERHATIAN:

  • Setiap pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Setiap penyertaan akan diberikan dengan sijil penyertaan (tajuk pembentangan dan nama peserta sahaja).
  • Tiada pengangkutan, penginapan dan makan minum yang disediakan untuk para peserta sepanjang hari Seminar berlangsung. Untuk makan minum, para peserta boleh mendapatkannya daripada kafe atau gerai jualan yang dibuka semasa hari Seminar.