Klik bagi Semakan Status Permohonan Peralatan Majlis
Permohonan ini mestilah dikemukakan ke JPP tujuh (7) hari sebelum tarikh majlis.
Permohonan daripada Persatuan Pelajar perlu dilampirkan surat kelulusan daripada JPPel, UKM
Pemohon /wakil / penganjur majlis diminta bersama-sama menyelia semasa kerja persiapan dijalankan
Jika terdapat sebarang pindaan, mohon kerjasama pemohon untuk mengisi semula borang permohonan peralatan majlis.
Bagi kerja persiapan majlis/peperiksaan, penganjur / pemohon diminta menyediakan pelan susun atur kerusi, meja dan pentas sekurang-kurangnya empat (4) hari sebelum majlis berlangsung.
Sebarang kos kerosakan atau kehilangan peralatan perlu ditanggung oleh pemohon.
Pembatalan atau penundaan majlis perlu dimaklumkan kepada Penyelaras selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja. Pemohon yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan penalti.
Semua peralatan kemudahan majlis hanya dibekalkan di kampus UKM Kampus Kuala Lumpur merangkumi :
Kampus Jalan Raja Muda
Kampus Jalan Temerloh
Kolej Tun Syed Nasir
Permohonan daripada Pelajar perlu berurusan dengan JPPZKL setelah mendapat kelulusan borang bagi urusan persiapan peralatan. Pihak JPPZKL TIDAK memberikan perkhidmatan menghantar peralatan majlis ke lokasi majlis.
Permohonan daripada warga UKM, Penganjur diminta untuk mengisi BORANG PERMOHONAN PERKHIDMATAN MALBAT jika memerlukan perkhidmatan penghantaran dan penyusunan peralatan ke lokasi majlis. Perkhidmatan ini akan ditolak (caj) dari peruntukan PTJ
Pemohon diminta untuk membuat tempahan kenderaan sendiri bagi penghantaran luar kampus.
Untuk mendapatkan status permohonan dan keterangan lanjut, sila hubungi : 03-9289 7342 / 013-932 6743 (Arizam)