Jabatan Pembangunan Prasarana Ditubuhkan pada 18 Mei 1970 selaras dengan penubuhan UKM dan beroperasi buat kali pertamanya di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai. Selaras dengan penubuhan UKMKL, JPP telah menubuhkan satu unit baru yang terdiri daripada 20 orang staffnya bagi urusan pembangunan dan penyelenggaraan di UKMKL.
Jabatan Pembangunan Prasarana Zon Kuala Lumpur merupakan salah satu unit di bawah Jabatan Pembangunan Prasarana UKM, Bangi, yang beroperasi membantu jabatan dalam kerja-kerja pentadbiran, pembangunan, perkhidmatan, prasarana dan penyelenggaraan kampus di UKMKL
JPPZKL bertanggungjawab ke atas pembangunan dan penyelenggaraan di UKMKL, yang terdiri daripada 3 lokasi iaitu di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur (JRM), Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Tanjung Karang, Selangor.