Klik bagi Semakan Status Permohonan Peralatan Majlis
Bertanggungjawab merancang keperluan fizikal dan ruang, melaksanakan pembangunan fizikal bagi menampung perkembangan program akademik.
Kajian Perancangan Fizikal dibuat berdasarkan permohonan pelanggan (Fakulti / Pusat / Institut / Jabatan Sokongan), diselaras sejajar dengan dasar-dasar dan keutamaan Universiti.
Program Pembangunan Fizikal menggunakan Peruntukan Pembangunan dibawah Siri Rancangan Malaysia Lima Tahun seperti Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 – 2010). Selain itu ada juga digunakan Peruntukan Pembaikan Bangunan, Dasar Baru & One-off dibawah Peruntukan Belanja Mengurus Tahunan dan Peruntukan Khas.
Semua projek pembangunan fizikal yang diluluskan akan dilaksanakan oleh JPPZKL (melibatkan kajian tanah, kerja ukur kejuruteraan, rekabentuk, dokumentasi, pengurusan tender, pembinaan dan penyeliaan projek, pemeriksaan bersama, serahan projek) samaada menggunakan khidmat Perunding Swasta bagi projek besar, manakala projek sederhana dan kecil dikendalikan sepenuhnya oleh sekumpulan profesional dari JPPZKL. Semua unit iaitu Unit Awam, Elektrik, Mekanikal, dan bantuan serta kerjasama daripada JPP Bangi bagi projek berskala sederhana iaitu Unit Arkitek,Ukur Bahan dan Landskap terlibat dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan ini.