Pemberian tiub adalah terapi di mana zat makanan diberikan melalui tiub kepada individu yang tidak boleh mendapatkan nutrisi yang mencukupi melalui makan.
Tiub fleksibel dimasukkan melalui melalui rongga badan (contoh: hidung atau mulut atau kawasan perut) untuk menyalurkan nutrisi cecair terus ke dalam perut atau usus kecil.
Doktor biasanya memasukkan tiub semasa anda berada di hospital, tetapi anda boleh terus menggunakannya di luar hospital, di rumah, atau di kemudahan kejururawatan.
Pemakanan melalui tiub juga dikenali sebagai pemakanan enteral dan jika disediakan di rumah, dipanggil pemakanan enteral di rumah (HEN).
Pemberian tiub boleh membantu:
Orang yang menghadapi masalah makan secara oral (mulut) untuk mendapatkan nutrisi yang mereka perlukan.
Masalah sistem penghadaman.
Kanser kepala dan leher yang menyukarkan menelan atau memerlukan pembedahan tekak.
Masalah gastrousus seperti usus tersumbat.
Gangguan neurologi termasuk strok dan lumpuh.
Zat makanan yang dibekalkan secara oral tidak mencukupi.
Kebiasaannya, pemakanan melalui tiub digunakan untuk masa yang singkat dan tiub boleh dikeluarkan apabila orang itu boleh makan dengan cukup melalui mulut. Namun sekiranya diperlukan, pemakanan melalui tiub akan dikekalkan untuk jangka masa panjang.
Keberkesanan pemakanan melalui tiub di rumah bergantung pada kaedah akses masuk yang berisiko rendah dan selesa. Keputusan yang terbaik mengenai jenis dan lokasi akses masuk diperlukan untuk mengurangkan komplikasi rawatan.
Jangka masa pesakit akan menerima pemakanan melalui tiub.
Jenis dan kepekatan formula makanan.
Isipadu larutan formula makanan yang akan diberikan.
Kadar pemberian formula makanan.
Catatan: Doktor akan menetapkan laluan tiub pemakanan yang terbaik mengikut kondisi semasa pesakit.
Jenis laluan tiub pemakanan yang digunakan bergantung pada punca masalah. Sebahagiannya bertujuan untuk penggunaan sementara dan hanya boleh digunakan dengan selamat selama kira-kira 14 hari. Jika digunakan lebih lama, terdapat risiko kerosakan kekal pada kotak suara (larynx) dan tisu di kerongkong atau esofagus.
Terdapat jenis laluan jangka panjang yang boleh digunakan untuk tempoh yang lama (lebih 6 bulan). Tiub ini boleh dikeluarkan mengikut keperluan tetapi tidak mengakibatkan komplikasi yang sama.
Tiub nasogastrik:
Tiub masuk melalui hidung, turun esofagus dan masuk ke dalam perut.
Tiub nasoduodenal dan nasojejunal:
Tiub masuk melalui hidung, turun melalui esofagus dan masuk terus ke dalam usus kecil (bahagian duodenum atau jejunum).
Tiub orogastrik:
Tiub masuk melalui mulut, turun melalui esofagus dan masuk ke dalam perut.
Tiub orojejunal:
Tiub masuk melalui mulut, turun melalui esofagus dan masuk terus ke dalam usus kecil (bahagian jejunum).
Tiub PEG:
Tiub masuk melalui dinding perut ke dalam perut. Hujung tiub berada di dalam perut.
Tiub PEG-J:
Tiub masuk melalui dinding perut ke dalam perut dan dipanjangkan ke usus kecil. Hujung tiub berada di dalam usus kecil (bahagian jejunum).
Tiub PEJ:
Tiub masuk melalui bukaan di kulit perut dan masuk terus ke usus kecil (bahagian jejunum).