PENJAGAAN PESAKIT YANG MENGGUNAKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB
Penjagaan pesakit yang menggunakan tiub pemakanan melibatkan perkara berikut:
Penjagaan tiub
Penjagaan mulut
Penjagaan kulit
penjagaan tiub
Kebanyakkan tiub mempunyai alat penambat yang mengelakkan ia dari bergerak. Jika tiada, jururawat anda akan menanda tiub dan mengajar anda cara-cara untuk melekatkan pita pelekat pada tiub.
Jangan biarkan hujung tiub tergantung. Apabila tidak menggunakan tiub, pastikan tiub ditutup dengan pengapit atau penutup. Letakkan tiub di dalam pakaian anda.
Bilas tiub makanan dengan air suam setiap kali selepas pemberian formula enteral atau ubat untuk mengelakkan tiub daripada tersumbat.
Jika tiub tersumbat, anda boleh:
-Masukkan picagari ke dalam tiub makanan, dan tarik pelocok ke belakang.
-Bilas atau 'flushing' tiub dengan air suam.
Namun jika tiub tersebut masih tersumbat, segera dapatkan bantuan perubatan. Ini untuk mengelakkan pesakit terlepas waktu pemberian formula enteral, air atau ubat-ubatan yang telah ditetapkan.
penjagaan mulut
Antara penjagaan mulut yang boleh diamalkan ialah:
'Mouth toilet'
i. Sediakan semua peralatan yang diperlukan: Berus gigi, penekan lidah, ubat gigi, beg kertas, besen, tuala, span, cotton applicator, gelas minuman, picagari, pencuci mulut, minyak mineral atau jeli petroleum.
ii. Bersihkan mulut pesakit mengikut keadaan semasa anda.
Bilas mulut
Bilas mulut dengan:
Pencuci mulut bebas alkohol
Pencuci mulut yang disarankan oleh pegawai kesihatan anda
Larutan ½ sudu teh serbuk penaik dalam 1 cawan air suam.
Larutan ½ sudu teh garam dalam 1 cawan air.
Sapukan pelembap bibir atau jeli petroleum untuk melembapkan bibir pesakit.
2. Cara pembersihan mulut mengikut keadaan pesakit:
3. Pastikan peralatan dibersihkan selepas guna:
Bilas berus gigi dan keringkan. Letakkan semula di meja sisi katil pesakit.
Lipat tuala dan gantung di bahagian kepala katil atau rak tuala.
Kosongkan, basuh dan keringkan besen serta gelas minuman. Letakkan semula di meja sisi katil pesakit.
Bawa dulang penjagaan mulut ke bilik air. Bersihkan dan ganti peralatan yang diperlukan. Letakkan semula dulang ke dalam kabinet.
penjagaan kulit
1. Periksa kulit di sekitar tiub setiap hari.
2. Bersihkan kulit di sekitar tiub setiap hari dengan sabun.
3. Bilas sabun dengan air suam dan keringkan kulit dengan kain lembut.
4. Dressing (kain kasa) mungkin diperlukan jika terdapat banyak aliran keluar di sekitar tiub. Tukar dressing dengan kerap dan bersihkan kulit setiap kali bertukar dressing.
5. Gunakan pelembap berasakan air jika kulit anda kering.
Kuiz penjagaan pesakit yang menggunakan tiub pemakanan